Fenomena
atau peristiwa apabila kedudukan matahari akan berada tepat ( tegak ) di atas
kaabah dikenali sebagai Isitiwa Matahari atau Istiwa Azam. Fenomena ini hanya
berlaku pada 2 tarikh setiap tahun iaitu pada jam 5.16 petang 28 Mei dan jam
5.28 petang 16 Julai. Pada ketika ini, matahari akan berada tepat di atas
kaabah ketika waktu tengahari di Mekah.
Dicadangkan
apabila berlaku fenomena ini, kita hendaklah merebut peluang yang ada dan
berusaha untuk menyemak dan menentukan arah kiblat yang sebenar dari tempat
atau kediaman kita mengikut cara-cara yang betul. Ianya boleh dibuat di mana
sahaja asalkan kawasan yang dipilih boleh jelas menampakkan bayang-bayang objek
dan matahari.
Tarikh
|
Waktu Malaysia
|
Waktu Mekah
|
28 Mei
|
5.16
petang
|
12.16
tengahari
|
16
Julai
|
5.28
petang
|
12.28
tengahari
|
Cara-cara
untuk menyemak / menentukan arah kiblat
- Pacakkan sebatang kayu atau apa-apa objek yang lurus di atas permukaan yang rata. Contoh : sebatang pensel.
- Pastikan kayu tersebut tegak 90 darjah.
- Pastikan bayang-bayang kayu tersebut jelas kelihatan di atas permukaan yang rata tadi
- Pastikan kawasan tersebut, matahari boleh kelihatan dengan mudah dan tidak terlindung.
- Tunggu sehingga 5.16 PM jika pada tarikh 28 Mei atau 5.28 PM jika pada tarikh 16 Julai
- Apabila sampai waktunya, perhatikan bayang-bayang objek tadi.
- Unjurkan garisan bayang-bayang tersebut ke arah matahari.
- Garisan itu akan menunjukkan tepat ke arah kiblat, InsyaAllah.