Wednesday, 4 December 2013

Istiwa Matahari : Kedudukan Tepat Di Atas Kaabah



Fenomena atau peristiwa apabila kedudukan matahari akan berada tepat ( tegak ) di atas kaabah dikenali sebagai Isitiwa Matahari atau Istiwa Azam. Fenomena ini hanya berlaku pada 2 tarikh setiap tahun iaitu pada jam 5.16 petang 28 Mei dan jam 5.28 petang 16 Julai. Pada ketika ini, matahari akan berada tepat di atas kaabah ketika waktu tengahari di Mekah.




Dicadangkan apabila berlaku fenomena ini, kita hendaklah merebut peluang yang ada dan berusaha untuk menyemak dan menentukan arah kiblat yang sebenar dari tempat atau kediaman kita mengikut cara-cara yang betul. Ianya boleh dibuat di mana sahaja asalkan kawasan yang dipilih boleh jelas menampakkan bayang-bayang objek dan matahari.


Tarikh
Waktu Malaysia
Waktu Mekah
28 Mei
5.16 petang
12.16 tengahari
16 Julai
5.28 petang
12.28 tengahari


Cara-cara untuk menyemak / menentukan arah kiblat


  1. Pacakkan sebatang kayu atau apa-apa objek yang lurus di atas permukaan yang rata. Contoh : sebatang pensel.
  2. Pastikan kayu tersebut tegak 90 darjah.
  3. Pastikan bayang-bayang kayu tersebut jelas kelihatan di atas permukaan yang rata tadi
  4. Pastikan kawasan tersebut, matahari boleh kelihatan dengan mudah dan tidak terlindung.
  5. Tunggu sehingga 5.16 PM jika pada tarikh 28 Mei atau 5.28 PM jika pada tarikh 16 Julai
  6. Apabila sampai waktunya, perhatikan bayang-bayang objek tadi.
  7. Unjurkan garisan bayang-bayang tersebut ke arah matahari.
  8. Garisan itu akan menunjukkan tepat ke arah kiblat, InsyaAllah.