Thursday, 31 October 2013

Dialog Ibn Athaillah dan Ibn Taymiyah..


Asy-Syeikh Ibn Athaillah merupakan seorang ahli sufi, ahli hadith, ahli fiqh Mazhab Maliki dan seorang khalifah Tariqat Syazilliyah. Antara karyanya yang termasyhur ialah kitab Hikam.
Satu ketika Syeikh Ibn Taymiah telah diampunkan sultan lalu dibebaskan. Sebaik sahaja dibebaskan, beliau dari Iskandariah terus kembali ke Kaherah lalu solat Maghrib di Masjid Al Azhar.
Kebetulan yang mengimamkan solat ialah Syeikh Ibn Athaillah. Nampaknya Ibn Taimiah tidak ada masalah untuk berimamkan seorang ahli sufi. Kalau benarlah Ibn Taimiyah membid’ahkan pegangan dan fahaman tariqat, mengapa mudah saja beliau menjadi makmum kepada Ibn Athaillah?
Selesai solat Ibn Athaillah terpandang Ibn Taymiyah di belakangnya lalu menegurnya. Merekapun bersembang bertukar-tukar fikiran. Berikut adalah antara dialog mereka:

IBN ATHAILLAH:
Biasanya aku solat di masjid Imam Hussein dan solat Isya’ di sini, tapi lihatlah bagaimana ketentuan Allah berlaku. Allah mentakdirkan akulah orang pertama yang menyambut engkau (selepas dibebaskan dari penjara dan datang ke mari). Ceritakanlah kepadaku wahai faqih, apakah engkau menyalahkan aku atas apa yang telah terjadi?

IBN TAYMIYAH:
Aku tahu, engkau tidak berniat buruk terhadapku, tapi perbezaan pandangan antara kita tetap ada. Mulai hari ini, dalam masalah apapun aku tidak mempersalahkan dan membebaskan daripada kesalahan, sesiapapun yang melakukan keburukan terhadapku.
(Ini menunjukkan betapa tingginya budi Ibn Taymiyah)

IBN ATHAILLAH:
Apa yang engkau tahu tentang aku wahai Syeikh Ibn Taymiyah?

IBN TAYMIYAH:
Aku tahu engkau adalah seorang yang soleh, berpengetahuan luas, dan sentiasa berkata yang benar dan tulus. Aku bersumpah tidak ada orang selain engkau, baik di Mesir mahupun di Syria yang lebih mencintai Allah ataupun mampu meniadakan diri di (hadapan) Allah atau lebih patuh atas perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Namun kita tetap mempunyai pandangan yang berbeza.
(Walaupun mereka berbeza pandangan dalam aspek-aspek tertentu, namun Ibn Taymiyah sangat menghormati Ibn Athaillah bahkan mengakui kredibilitinya. Keadaan ini jauh berbeza dengan fahaman dan perilaku sebahagian orang hari ini yang mendakwa peminat Ibn Taymiyah. Semua tulisan dalam kurungan adalah penjelasan Alexanderwathern)
Apa yang engkau tahu tentang aku?
Apakah engkau atau aku sesat- dalam menolak kebenaran meminta bantuan seseorang untuk memohon pertolongan Allah (dalam kes istighatsah)?

IBN ATHAILLAH:
Tentu saja sahabatku engkau tahu bahawa istighatsah atau memohon pertolongan sama dengan tawasul atau mengambil wasilah (pengantara) dan meminta syafaat, dan sesungguhnya Rasulullah saw adalah seorang yang kita harapkan bantuannya kerana bagindalah pengantara kita dan syafaatnyalah yang kita harapkan.

IBN TAYMIYAH:
Dalam hal ini aku berpegang kepada sunnah Rasul yang ditetapkan dalam syariat.
Dalam hadith yang berbunyi: “Aku telah dianugerahkan kekuatan syafaat.” Dalam ayat al Quran juga dinyatakan: "Mudah-mudahan Allah akan menaikkan kamu (wahai Nabi) ke tempat yang terpuji.” (Q.S Al Isra : 79).
Yang dimaksud dengan tempat terpuji adalah syafaat. Lebih jauh lagi, saat ibu kepada Khalifah Ali ra meninggal dunia, Rasulullah berdoa kepada Allah di kuburnya:
"Ya Allah Yang Maha Hidup dan Tak Pernah Mati, Yang Menghidupkan dan Mematikan, ampuni dosa-dosa ibuku (ibu saudaraku) Fatimah binti Asad, lapangkanlah kubur yang akan dimasukinya dengan syafaatku, utusanMu, dan para nabi sebelumku. Karena Engkaulah Yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun".

Inilah syafaat yang dimiliki Rasulullah saw.
Sementara mencari pertolongan daripada selain Allah, merupakan suatu bentuk kemusyrikan. Rasulullah saw sendiri melarang sepupunya, Abdullah bin Abbas, memohon pertolongan daripada selain Allah.

IBN ATHAILLAH:
Semoga Allah mengurniakan engkau kejayaan, wahai faqih! Maksud daripada teguran Rasulullah saw kepada sepupunya Ibn Abbas, adalah agar dia (Ibn Abbas) mendekatkan diri kepada Allah bukan (dengan jalan) melalui kekerabatannya dengan rasul melainkan dengan ilmu pengetahuan.
(Sangat jelas maksud teguran Rasulullah kepada Ibn Abbas tersebut. Nyatalah selama ini Ibn Taimiyah tersalah faham)

Sedangkan mengenai pemahaman engkau tentang istighasah sebagai mencari bantuan kepada selain Allah- yang termasuk perbuatan musyrik, aku ingin bertanya kepada engkau:

Adakah muslim yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya yang berpendapat -ada selain Allah yang memiliki kekuasaaan atas segala kejadian dan mampu menjalankan apa yang telah ditetapkan-Nya berkenaan dengan dirinya sendiri?
(Jawapannya… tentulah tidak ada. Apa yang berlaku semuanya dengan kekuasaan Allah. Allah berkuasa, makhluk langsung tak ada apa-apa).

Adakah mukmin sejati yang meyakini, ada yang dapat memberikan pahala atas kebaikan dan menghukum atas perbuatan buruk, selain daripada Allah?
(Jawapannya, tidak ada juga)

Di samping itu, seharusnya kita sedar bahawa ada berbagai ekspresi yang tak dapat dimaknai sebatas harfiah belaka. Ini bukan saja dikhuatirkan akan membawa kepada kemusyrikan, tapi juga untuk mencegah kemusyrikan.
Sebab, siapapun yang meminta pertolongan Rasul bererti mengharapkan anugerah syafaat yang dimiliknya daripada Allah, sebagaimana jika engkau mengatakan: "Makanan ini memuaskan seleraku".
Apakah itu bermaksud makanan itu sendiri yang memuaskan selera engkau? Ataupun Allahlah yang memberikan kepuasan melalui makanan?

(Meminta bantuan kepada seseorang itu tidak semestinya bermaksud kita menduakan Allah, tidak semestinya menjadikan kita syirik. Samalah seperti seorang suami berkata kepada isterinya, “Sayang, tolong gorengkan ayam untuk abang.” Adakah ini bermaksud isterinya yang berkuasa mutlak menjadikan ayam itu digoreng? Tentu tidak. Yang berkuasa mutlak hanyalah Allah, si isteri sebagai pengantara sahaja, sebagai tukang proses sahaja)

Sedangkan kenyataan engkau bahawa Allah melarang orang Islam untuk mendatangi seseorang selain daripada Diri-Nya untuk mendapat pertolongan, pernahkah anda melihat seorang muslim memohon pertolongan kepada selain Allah?

Ayat Al Quran yang engkau rujuk (sebenarnya) berkenaan dengan kaum musyrikin, dan mereka yang memohon kepada dewa, dan berpaling daripada Allah (tidak ada kena –mengena pun dengan kes tersebut). Sedangkan satu-satunya jalan bagi kaum muslim yang meminta pertolongan rasul adalah dalam rangka bertawasul atau mengambil pengantara, atas keutamaan (hak) rasul yang diterimanya daripada Allah (bihaqqihi inda Allah) dan tashaffu atau memohon bantuan dengan syafaat yang telah Allah anugerahkan kepada rasul-Nya.

Sementara itu, jika engkau berpendapat bahawa istighasah atau memohon pertolongan itu dilarang syariat kerana mengarah kepada kemusyrikan, maka kita seharusnya mengharamkan anggur kerana dapat dijadikan (mengarah kepada terhasilnya) minuman keras, dan mengembiri lelaki yang tidak menikah untuk mencegah zina (kerana ia mengarah kepada terhasilnya zina).

*Kedua-dua syeikh tertawa atas ulasan terakhir ini.
Aku kenal betul dengan segala inklusifitas dan gambaran mengenai sekolah fiqh yang didirikan oleh syeikh engkau, Imam Ahmad (pengasas Mazhab Hanbali), dan aku tahu betapa luasnya teori fiqih serta mendalamnya "prinsip-prinsip agar terhindar daripada godaan syaitan" yang engkau miliki, sebagaimana juga tanggung jawab moral yang engkau pikul selaku seorang ahli fiqh.

Namun aku juga menyedari bahawa engkau dituntut menyelidik di sebalik kata-kata untuk menemukan makna yang seringkali terselubung di sebalik kondisi harfiahnya.

Bagi sufi, makna laksana ruh, sementara kata-kata adalah jasadnya. Engkau kena menembus ke dalam jasad fizik ini untuk meraih hakikat yang mendalam. Kini engkau telah memperoleh dasar bagi pernyataan engkau terhadap karya Ibn Arabi (seorang tokoh sufi besar yang sering dikaitkan oleh musuh-musuhnya, dan orang-orang jahil di kemudian hari dengan Wahdatul Wujud, padahal beliau sendiri tidak pernah menyebut istilah tersebut), Fususul Hikam. Naskhah tersebut telah disabotaj oleh musuhnya, bukan saja dengan kata-kata yang tak pernah diucapkannya, juga kenyatan-kenyataan yang tidak (pernah) dimaksudkannya. (Lebih malang lagi, banyak pula orang-orang jahil hari ini yang mempercayai segala sabotaj musuh-musuh Ibn Arabi tersebut secara taqlid buta)

Ketika Syeikhul Islam Al Izz ibn Abdul Salam memahami apa yang sebenarnya yang diucapkan dan dianalisis oleh Ibn Arabi, menangkap dan mengerti makna sebenarnya di sebalik ungkapan simboliknya, dia segera memohon ampun kepada Allah swt atas pendapatnya sebelum itu dan meletakkan Muhyiddin Ibn Arabi sebagai Imam Islam.
(Sebelum itu Izz Abdul juga bersikap seperti Ibn Taymiyah, menentang Ibn Arabi dan karyanya. Biasalah, kebanyakan manusia memusuhi apa yang dia tidak tahu, apa yang dia belum tahu kerana tidak cukup maklumat, atau tersalah faham, atau memang jahil, atau berlagak pandai, atau taqlid buta dengan buku atau tokoh yang diminatinya, atau ingin menjadi hero segera, atau disalahfahamkan oleh orang lain dan sebagainya. Jelas dalam hal ini Ibn Taymiyah tidak membuat kajian mendalam terlebih dahulu sebelum mengeluarkan fatwa/ pendapatnya tentang Ibn Arabi serta karya-karyanya)

Sedangkan mengenai kenyataan al Syazili yang menjatuhkan (kredibiliti) Ibn Arabi, engkau kena tahu, ucapan tersebut tidak keluar daripada mulutnya melainkan daripada salah seorang murid Syadziliyah.
Lebih jauh lagi, kenyataan itu dikeluarkan ketika para murid membicarakan (perilaku) sebahagian (daripada) pengikut Syadziliyah.
Dengan itu, kenyataan itu diambil dalam konteks yang tak pernah dimaksudkan oleh sang pembicaranya sendiri.
(Sebelum itu Ibn Taimiyah mengukuhkan penolakannya terhadap Ibn Arabi melalui kenyataan yang kononnya dibuat oleh Imam asy Syazili. Rupa-rupanya Ibn Taymiyah menerima maklumat yang salah. Beberapa kali Ibn Taimiyah membuat keputusan tanpa kajian yang mendalam dalam banyak hal. Kelemahannya inilah antara penyebab dia dipenjarakan)

"Apa pendapat engkau mengenai khalifah Saidina Ali bin Abi Talib?"

IBN TAYMIYAH:
Dalam salah satu hadithnya, Rasulullah saw bersabda:
"Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya".
Sayyidina Ali adalah merupakan seorang mujahid yang tak pernah keluar dari pertempuran kecuali dengan membawa kemenangan. Siapa lagi ulama atau fuqaha sesudahnya yang mampu berjuang demi Allah menggunakan lidah, pena dan pedang sekaligus? (Tapi Ibn Taymiyah sendiri seorang tokoh yang berjuang melalui lidah, pena dan pedang sekaligus). Dialah sahabat rasul yang paling sempurna-semoga Allah membalas kebaikannya. Ucapannya bagaikan cahaya lampu yang menerangi sepanjang hidupku selepas al Quran dan sunnah. Duhai! Seseorang yang meski sedikit perbekalannya namun panjang perjuangannya.

IBN ATHAILLAH:
Sekarang, apakah Imam Ali ra meminta agar orang-orang berpihak padanya dalam suatu paksi?
Sementara paksi ini mendakwa bahawa malaikat Jibril melakukan kesalahan dengan menyampaikan wahyu kepada Muhammad saw, bukannya kepada Ali!
Atau pernahkah dia ( Ali) meminta mereka untuk menyatakan bahawa Allah menitis ke dalam tubuhnya dan sang imam menjadi Tuhan?
Ataupun dia tidak menentang dan membanteras mereka dengan memberikan fatwa (ketentuan hukum) bahawa mereka harus dibunuh di manapun mereka ditemui?
(Ini bicara tentang kelompok Syiah yang ekstrem)

IBN TAYMIYAH:
Berdasarkan fatwa inilah saya memerangi mereka di pegunungan Syria selama lebih daripada 10 tahun. (Melalui jawapan ini jelas Ibn Taymiyah bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Ibn Athaillah).

IBN ATHAILLAH:
Dan Imam Ahmad- semoga Allah meredhainya-mempersoalkan perbuatan sebahagian pengikutnya yang berpatroli, memecahkan tong-tong anggur (di kedai-kedai menjual arak), menumpahkan isinya ke lantai, memukul gadis para penyanyi, dan menyerang masyarakat di jalan.
Meskipun sang Imam tidak memberikan fatwa bahawa mereka harus mengecam dan mengherdik orang-orang tersebut. Konsekuensinya para pengikutnya ini dicambuk, dilempar ke penjara dan diarak di punggung keldai dengan menghadap ekornya (duduk secara terbalik).
Apakah Imam Ahmad bertanggung jawab atas perbuatan buruk yang kini kembali dilakukan pengikut Hanbali, dengan alasan melarang benda atau hal-hal yang diharamkan?

(Kesalahan pengikut tidak semestinya dipertanggungjawabkan kepada pemimpin. Ini kerana ada pengikut yang berfahaman dan bertindak di luar daripada fahaman dan tindakan pemimpin.
Apabila kita menegur kesalahan para Syiah yang ekstrem ini, mereka membalas dengan mendakwa kita menentang Saidina Ali dan ahlul bait.
Apabila kita menegur kesalahan tariqat-tariqat sufi yang sesat, mereka membalas dengan mendakwa kita menentang Al Ghazali dan Ibn Arabi.
Apabila kita menegur kesalahan para Salafi yang ekstrem hari ini iaitu kaum Wahabi, mereka membalas dengan mendakwa kita menentang Ibn Taymiyah dan menolak kitab Tauhid Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab.
Begitulah antara kaedah psikologi puak-puak yang rosak ini untuk menegakkan benang basah dan meneruskan hidupnya fahaman mereka)

Dengan itu, Syeikh Muhyidin Ibn Arabi tidak bersalah atas pelanggaran yang dilakukan oleh para pengikutnya yang melepaskan diri daripada ketentuan hukum dan moral yang telah ditetapkan agama serta melakukan pebuatan yang dilarang agama.
Apakah anda tidak memahami hal ini?

IBN TAYMIYAH:
(Ibn Taimiyah tidak menjawab soalan tersebut kerana apa yang diperkatakan oleh Ibn Athaillah memang benar, dan Ibn Taymiyah memahaminya)
Tapi bagaimana pendirian mereka di hadapan Allah? Di antara kalian para sufi, ada yang menegaskan bahawa ketika Rasulullah saw memberitakan khabar gembira pada kaum miskin bahwa mereka akan masuk syurga sebelum kaum kaya, selanjutnya kaum miskin tersebut tenggelam dalam ledakan kegembiraan dan mulai merobek-robek jubah mereka; saat itu malaikat Jibril turun dari syurga dan mewahyukan kepada rasul bahawa Allah akan memilih di antara jubah-jubah yang robek itu; selanjutnya malaikat Jibril mengangkat satu daripada jubah dan menggantungkannya di singgahsana Allah. Berdasarkan ini, kaum sufi mengenakan jubah kasar dan menyebut dirinya fuqara atau kaum "faqir".

IBN ATHAILLAH:
Tidak semua sufi memakai jubah dan pakaian kasar. Lihatlah apa yang aku pakai (sekarang), apakah engkau tidak bersetuju dengan penampilanku? (Ketika itu Ibn Athaillah memakai pakaian yang cantik. Ini menolak dakwaan bahawa semua ahli sufi berpakaian buruk dan selekeh pada setiap masa)

IBN TAYMIYAH:
Tapi engkau adalah ulama syariat dan mengajar di Al Ahzar.

IBN ATHAILLAH:
Al Ghazali adalah seorang imam syariat mahupun tasawuf. Dia mengamalkan fiqh, sunnah, dan syariat dengan semangat seorang sufi. Dan dengan cara ini, dia mampu menghidupkan kembali ilmu-ilmu agama. Kita tahu bahawa dalam tasawuf, noda tidak memiliki tempat dalam agama dan bahawa kesucian merupakan ciri daripada kebenaran. Sufi yang tulus dan sejati kena menyuburkan hatinya dengan kebenaran yang ditanamkan ahli sunnah.

Dua abad yang lalu muncul fenomena sufi palsu yang engkau sendiri telah mengecam dan menolaknya, di mana sebahagian orang mengurangi kewajiban beribadah dan peraturan keagamaan, melonggarkan berpuasa dan melecehkan pengamalan solat wajib lima kali sehari. Ditunggangi kemalasan dan ketidakpedulian, mereka mendakwa telah bebas daripada belenggu kewajiban beribadah. Begitu dahsyatnya tindakan mereka hinggakan Imam Qusyairi sendiri mengeluarkan kecaman dalam bukunya ar Risalah ( Risalah al- Qusyairiyah ).

(Para sufi palsu inilah yang sepatutnya ditentang oleh Ibn Taymiyah, dan memang beliau ada usaha ke arah itu. Tapi yang menjadi masalahnya ialah Ibn Taymiyah sendiri tidak ada “basic” yang kukuh dalam tasauf kesufian menyebabkan beliau kadang-kadang termenentang dunia sufi yang benar. Niatnya baik, tetapi ilmunya tidak memadai.
Contohnya seorang pemilik kebun mengupah seorang budak memetik buah rambutan di kebunnya dengan pesanan, “Jangan kait buah yang masih hijau.” Tapi budak ini memetik semua buah yang tidak berwarna hijau termasuklah yang baru ada kekuningan sikit-sikit. Rugilah tuan kebun kerana buah yang kuning sikit-sikit itu sepatutnya ditunggu kemarah-merahan barulah sesuai dipetik untuk dipasarkan. Tindakan budak itu sedemikian kerana “basic”nya tentang fahaman warna buah masak tidak mencukupi. Niatnya baik tapi hasilnya…)

Di sini, ia juga menerangkan secara rinci jalan yang benar menuju Allah, yakni berpegang teguh pada Al Quran dan Sunnah. Imam tasawuf juga berkeinginan mengantarkan manusia pada kebenaran sejati, yang tidak hanya diperoleh melalui bukti rasional yang dapat diterima akal manusia yang dapat membezakan yang benar dan salah, melainkan juga melalui penyucian hati dan pelenyapan ego yang dapat dicapai dengan mengamalkan amalan spiritual.

Kelompok di atas selanjutnya tersingkir lantaran sebagai hamba Allah sejati, seseorang tidak akan menyibukkan diriya kecuali demi kecintaannya kepada Allah dan rasul-Nya. Inilah posisi mulia yang menyebabkan seorang menjadi hamba yang soleh, sihat dan sentosa. Inilah jalan untuk membersihkan manusia daripada hal-hal yang dapat menodai manusia, seperti cinta akan harta, matlamat akan kedudukan tertentu. Meskipun demikian, kita harus berusaha di jalan Allah agar memperolehi ketenteraman beribadah.

Sahabatku yang bijaksana, menterjemahkan naskhah secara harfiah kadang-kadang menyebabkan kekeliruan. Pentafsiran harfiahlah yang mendasari penilaian engkau terhadap Ibn Arabi, salah seorang imam kami yang terkenal akan kesolehannya. Engkau tentunya faham bahwa Ibn Arabi menulis dengan gaya simbolik; sedangkan para sufi adalah pakar-pakar dalam menggunakan bahasa simbolik yang mengandung makna lebih dalam dan gaya hiperbola yang menunjukkan tingginya kepekaan spiritual serta kata-kata yang menghantarkan rahsia mengenai fenomena yang tak nampak.

(Biasanya manusia yang tidak dilatih dengan jalan tasauf tidak dapat memahami kata-kata dan istilah para sufi. Bahasa sufi sangat tinggi, penuh simbolik dan membawa maksud yang berlainan sama sekali dengan bahasa harian manusia.
Ibn Taymiyah tidak menerima tarbiyyah melalui jalan kesufian, maka banyak perkara yang tidak difahaminya tentang dunia sufi. Inilah yang menyebabkan beliau kadang-kadang termenentang perkara-perkara yang benar.
Samalah keadaannya seperti seorang ahli sains yang ingin menyampuk perbicaraan antara dua orang Sasterawan Negara. Ahli sains tadi biasanya pasti akan tersalah faham dengan apa yang diperkatakan.
Samalah seperti seperti seorang rakyat Negara China yang belajar Bahasa Melayu di sana, kemudian datang ke Malaysia. Di Malaysia dia menyaksikan latihan silat sebuah perguruan. Kemudian apabila pulang, dia menulis sebuah artikel menunjukkan bahawa bangsa Melayu sendiri sudah banyak yang tidak menguasai bahasa ibunda mereka. Sebenarnya dia yang salah faham.
Apabila ahli-ahli silat buat gerakan ke atas lawan, mereka namakan “buah”. Orang China tadi mengkritik penggunaan perkatan “buah’ kerana mengikut ilmu Bahasa Melayunya, “buah” ialah untuk buah-buahan, bukannya untuk gerakan memukul, menjatuhkan dan mengunci.
Begitu juga apabila ahli silat diminta menyerang maka disebut “masuk”. Dalam artikelnya, orang China itu menulis- sepatutnya perkataan “masuk” hendaklah digantikan dengan “serang”.
Kesimpulannya, dia menghukum orang-orang Melayu tadi melakukan kesalahan bahasa.
Begitulah yang terjadi kepada Ibn Taymiyah. Tapi yang peliknya, kesilapan Ibn Taymiyah ini masih diteruskan pula oleh puak-puak yang mengaku mencontohinya pada hari ini)

IBN TAYMIYAH:
Argumentasi tersebut sepatutnya ditujukan kepada engkau. Kerana saat Imam al-Qusyairi melihat (ada antara) pengikutnya melencong daripada jalan Allah, dia dengan segera mengambil langkah untuk membendong mereka.
Sementara, apa yang dilakukan oleh para syeikh sufi sekarang? Aku meminta para sufi untuk mengikuti jalur sunnah dari para leluhur kami (salafi) yang soleh dan terkemuka: para sahabat yang zuhud, generasi sebelum mereka dan generasi sesudahnya yang mengikuti langkah mereka.

Siapapun yang menempuh jalan ini, saya berikan penghargaan setinggi-tingginya dan menempatkan sebagai imam agama. Namun bagi mereka yang melakukan pembaharuan yang tidak berdasar dan menyisipkan gagasan kemusyrikan seperti falsafah Yunani dan pengikut Buddha, atau yang beranggapan bahwa manusia menempati Allah (hulul) atau bersatu dengan-Nya (ittihad), atau teori yang menyatakan bahwa seluruh penampakan adalah satu adanya/kesatuan wujud (wahdatul wujud) ataupun hal-hal lain yang diperintahkan syeikh anda: semuanya jelas perilaku atheis dan kafir.

IBN ATHAILLAH:
Ibn Arabi adalah salah seorang ulama terhebat yang mengenyam pendidikan di Dawud al Zahiri seperti Ibn Hazm al Andalusi, seorang yang fahamannya selaras dengan metodologi anda tentang hukum Islam, wahai penganut Hanbali! Tetapi meskipun Ibn Arabi seorang Zahiri (menterjemahkan hukum Islam secara lahiriah), metod yang diterapkannya untuk memahami hakikat adalah dengan menyelidik apa yang tersembunyi, mencari makna spiritual (thariq al bathin), untuk mensucikan bathin (thathhir al bathin).

Meskipun demikian tidak seluruh pengikut mengertikan sama apa-apa yang tersembunyi. Agar engkau tidak keliru atau lupa, ulangilah bacaan engkau mengenai Ibn Arabi dengan pemahaman baru akan simbol-simbol dan gagasannya (maksudnya, Ibn Taymiyah kenalah ulang semula penyelidikannya tentang karya-karya Ibn Arabi menggunakan perkara-perkara baru yang baru difahaminya ketika ini, kerana hasilnya nanti pasti berbeza dengan keputusan yang lalu). Engkau akan menemukannya sangat mirip dengan al-Qusyairi. Dia telah menempuh jalan tasawuf di bawah payung al-Quran dan sunnah, sama seperti Hujjatul Islam Al Ghazali, yang mengusung perdebatan mengenai perbezaan mendasar mengenai iman dan isu-isu ibadah namun menilai usaha ini kurang menguntungkan dan berfaedah.

Ia mengajak orang untuk memahami bahawa mencintai Allah adalah cara yang patut ditempuh seorang hamba Allah berdasarkan keyakinan. Adakah engkau setuju wahai faqih? Atau engkau lebih suka melihat perselisihan di antara para ulama? Imam Malik ra. telah mengingatkan mengenai perselisihan semacam ini dan memberikan nasihat: “Setiap kali seseorang berdebat mengenai iman, maka kepercayaannya akan berkurang.”

Sejalan dengan ucapan itu, Al Ghazali berpendapat, cara terpantas untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah melalui hati, bukan jasad. Bukan bermaksud hati dalam bentuk fizik yang dapat melihat, mendengar atau merasakan secara gamblang. Melainkan, dengan menyimpan dalam benak, rahsia terdalam dari Allah Yang Maha Agung dan Besar, yang tidak dapat dilihat atau diraba.

Sesungguhnya ahli sunnahlah yang menobatkan syeikh sufi, Imam Al-Ghazali, sebagai Hujjatul Islam, dan tak seorangpun yang menyangkal pandangannya bahkan seorang ilmuan secara berlebihan berpendapat bahwa Ihya Ulumuddin nyaris setara dengan Al Quran (ilmuan tersebut fanatik dengan Imam Ghazali).

Dalam pandangan Ibn Arabi dan Ibn Al Farid, taklif atau kepatuhan beragama laksana ibadah yang mihrab atau sejadahnya menandai aspek batin, bukan semata-mata ritual lahiriah saja. Kerana apalah ertinya duduk berdiri anda dalam solat sementara hati anda dikuasai selain Allah.
Allah memuji hambaNya dalam Al Quran:
"(Yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam sholatnya";
dan Ia mengutuk dalam firmanNya:
"(Yaitu) orang-orang yang lalai dalam sholatnya".
Inilah yang dimaksudkan oleh Ibn Arabi saat mengatakan: "Ibadah bagaikan mihrab bagi hati, yakni aspek batin, bukan lahirnya".

Seorang muslim takkan mampu mencapai keyakinan mengenai isi Al Quran, baik dengan ilmu atau pembuktian itu sendiri, hinggalah ia membersihkan hatinya dari segala yang dapat mengalihkan dan berusaha untuk khusyuk. Dengan demikian Allah akan mencurahkan ilmu ke dalam hatinya, dan dari sana akan muncul semangatnya. Sufi sejati tak mencukupi dirinya dengan meminta sedekah.

Seseorang yang tulus adalah ia yang menyuburkan diri di (hadapan) Allah dengan mematuhi-Nya. Barangkali yang menyebabkan (sebahagian) ahli fiqh mengecam Ibn Arabi adalah karena kritik beliau terhdap keasyikan mereka dalam berargumentasi dan berdebat seputar masalah iman, hukum masalah-masalah yang terjadi (aktual) dan masalah-masalah yang baru dihipotesakan (dibayangkan padahal ia belum terjadi).
(Ini memang berlaku. Ada ahli fiqh yang bersungguh-sungguh fakir dan cari penyesaian masalah-masalah yang tak perlu difikir.
Contohnya, seorang lelaki solat berjemaah. Ketika solat dia mengikat tali kudanya di ibu jarinya. Sedang solat tiba-tiba kudanya buang air besar. Apakah batal solatnya kerana najis kuda itu tertanggung melalui tali yang diikat di kakinya?
Inikan namanya “tak ada masalah cari masalah”? Padahal masa memikirkan hal ini lebih baik dibuat mempelajari bidang-bidang lain yang belum kita kuasai terutamanya tasauf.
Ada pula orang yang habiskan masa berfikir dan mencari penyelesaian dalam hal ini- Air mani dikumpul-kumpul dan cukup dua kolah. Bolehkah dibuat mengambil wudhuk?
Kalau suami isteri berjimak tiba-tiba melekat selama 48 jam, tak boleh dipisahkan. Macam mana cara hendak mandi wajib, ambil wudhuk dan solat sepanjang tempoh itu?
Ada pula yang berfikir- macam manalah agaknya kalau satu hari nanti orang Melayu akan anggap bid’ah hasanah kepada perempuan yang menjadi imam solat Jumaat kepada lelaki di dalam gereja? Ini lagi menghairankan!
Bukan tidak boleh sama-sekali memikirkan hal-hal ini, tapi ikutlah keutamaan. Banyak lagi bidang yang kiat belum kuasai.
Inilah sebenarnya yang ditentang oleh ahli-ahli tasauf ke atas sebahagian ahli-ahli fiqh)

(Ibnu Arabi dan para sufi tidak menolak ilmu fiqh dan ahli-ahlinya sebagaimana dakwaan musuh-musuh mereka yang masih ada hinggalah ke hari ini, tetapi menentang keekstreman sesetengah ahli fiqh yang hanyut dalam dunia fiqh mereka hinggakan usaha mereka dalam agama menjadi sempit lagi amat terbatas. Seorang Muslim sepatutnya menjalani kehidupan dengan seimbang walaupun mereka ada pengkhususan dalam bidang tertentu. Apatah lagi banyak juga ahli fiqh yang langsung tidak ambil pusing soal-soal tasauf yang melibatkan penggunaaan hati, sampaikan mereka beranggapan bahawa amal-amal lahiriah tunduk bangkit itu sajalah yang membawa kejayaan dalam agama. Padahal Tuhan lebih memandang soal hati. Inilah yang dimaksudkan)

Ibn Arabi mengkritik begitu kerana dia melihat betapa sering hal tersebut dapat mengalihkan mereka dari kejernihan hati. Ia menjuluki mereka sebagai "ahli fiqih basa-basi wanita". Semoga Allah mengeluarkan engkau kerana telah menjadi salah satu dari mereka!
Pernahkan engkau membaca pernyataan Ibn Arabi bahawa:
"Siapa saja yang membangun keyakinannya semata-mata berdasarkan bukti-bukti yang tampak dan argumen deduktif, maka ia membangun keyakinan dengan dasar yang tak bisa diandalkan. Karena ia akan selalu dipengaruhi oleh sangahan-sangahan balik yang konstan. Keyakinan bukan berasal daripada alasan logik melainkan tercurah dari lubuk hati."
Adakah pernyataan yang seindah ini?

IBN TAYMIYAH:
Engkau telah berbicara dengan baik, andaikanlah guru engkau sama seperti yang engkau katakan, maka dia sangat jauh dari kafir. Tapi menurutku apa yang telah ia ucapkan tidak mendukung pandangan yang telah anda kemukakan.



sumber : redzwang.blogspot.com

Beramal Dengan Pendapat Ulama..




Sesetengah org Islam yg baru menimba ilmu agama, kekadang tentu mengalami kesukaran kerana
terdapat pelbagai pendapat ulama tentang satu-satu masalah. Contohnya, seorang yang bermazhab Syafie, tetapi pada masa yang sama menggunakan pendapat Dr Yusuf Qardawi dalam sesetengah masalah (contohnya taharah). Adakah dikira talfiq? Dan andaikata terdapat banyak pendapat ulama dalam bab taharah (contohnya Yusuf Qaradawi, ulama A dan ulama B), adakah perlu melakukan tarjih terlebih dahulu untuk memilih pendapat mana yang lebih kuat pada penilaian ? Bolehkah kita menggunakan pendapat ulama A untuk masalah 1 dan ulama B untuk masalah 2 kerana pendapat ulama itu lebih mudah dalam masalah itu. Tidakkah ia menyerupai talfiq?


Untuk membicarakan topik ini, ia memerlukan masa yang agak lama. Bagi tujuan ini, cuba diringkaskannya...

Tidak dapat tidak, seseorang itu akan memulakan proses mempelajari dan mengamalkan sistem Islam dengan cara bertaqlid kepada satu Mazhab. Apabila seseorang itu melalui proses pembelajaran, dan melihat akan ada alternatif kepada padangan yang ada, dia dikatakan telah melalui proses Takhayyur. Takhayyur adalah proses memilih pendapat dari pelbagai pendapat atau Mazhab.

Proses Takhayyur ini selalunya terhasil tanpa seseorang itu mengetahui nas-nas atau dalil-dalil kenapa hukum itu terjadi. Hasil dari proses ini akan berlaku Talfiq. Seseorang itu akan dikatakan melakukan Talfiq apabila dia berpegang kepada satu Mazhab contohnya Syafie, dan ada beberapa hukum yang lain memilih pandangan Mazhab yang lain contohnya Hanafi. Contohnya seperti seorang bermazhab Syafie mengatakan tidak batal wuduk apabila besentuhan dengan wanita kerana berpegang kepada pandangan Mazhab Hanafi, walaupun tidak mengetahui dalilnya.

Seseorang yang melakukan Talfiq yang sedemikian, juga dikatakan melakukan Taqlid juga; iaitu berubah taqlid dari mazhab Syafie kepada bertaqlid kepada Mazhab Hanafi. Perkara perubahan ini, boleh diakibatkan oleh :

a. Pemerintah; misalnya membayar Zakat Fitrah menggunakan wang sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

b. Darurat; disebabkan keadaan dan suasana, misalnya menggunakan kaedah batal wuduk menurut Mazhab Hanafi atau Hanbali, kerana kesukaran menjaga diri di Mekah dari disentuh wanita ajnabi.

Keadaan (a) menyebabkan seseorang itu melakukan Talfiq tanpa dia sendiri sedar atau mengetahui. Sebagaimana kata Syiekh Ibn Utsaimin, Mazhab orang Awam ialah Mazhab Pemerintahnya. Apa sahaja keketapan yang telah dibuat oleh pihak pemerintah, itulah mazhab mereka.

Ada juga proses pemilihan hukum dilakukan dengan ijtihad, dengan menurut dalil-dalil dan nas yang kuat atau yang lebih Rajih. Di sini kita melihat proses Tarjih atau saringan hukum dijalankan. Peringkat ini bukan dimiliki oleh orang-orang awam. Ini adalah proses yang dilakukan oleh Imam-Imam yang Mujtahid atau satu badan Fatwa yang melakukan Ijtihad.

Secara umum dan ringkasnya, bolehlah kitakan bahawa proses dihadapi oleh orang awam adalah proses Talfiq. Apabila memelihat (bukan memilh) nas atau dalil yang dipakai oleh Mujtahid tadi, kita dikatakan telah melakukan al-‘ittibaa’. Seseorang itu dikatakan telah memilih pandangan tersebut tanpa melihat akan Mazhab itu sendiri. Ketetapan nas dan dalil itu telah dilakukan oleh Mujtahid tersebut, dan kita Cuma al-‘ittibaa’ atau “menuruti” pendapat Imam tersebut.

Terdapat ulama yang melarang Talfiq atas beberapa syarat. Yang membenarkannya juga meletakkan beberapa syarat, dan diantaranya :-

a. Niat melakukan Talfiq; disebabkan keperluan, darurat, dan sebagainya. Tidak boleh dilakukan kerana mengikut nafsu.

b. Tidak bertujuan memilih keringanan dari pandangan Mazhab tersebut. Jumhur ulama melarang menghimpuan kesemua keringan di dalam setiap Mazhab. Ini dinamakan Tatabu’ Rukhas (mengambil pendapat-pendapat yang ringan).

c. Tidak membawa kepada perlanggaran ijmak.

c. Tidak boleh bertalfiq atas perkara yang bukan Ibadat badan; seperti nikah kahwin, hudud, penetapan awal bulan, dsb. Perkara ini memerlukan kuasa yang memerintah. Contohnya, berkahwin tanpa wali sebagaimana bertalfiq dengan Mazhab Hanafi.

Berdasarkan syarat-syarat ini, dan dilakukan dengan penuh hati-hati, seseorang itu dibolehkan melakukan Talfiq. Perlu ingat, ini merupakan talfiq diantara Mazhab yang muktabar dan orang awam tidak dibenarkan melakukan tarjih oleh kerana ia adalah sebahagian dari proses Ijtihad yang hanya dilakukan oleh Imam Mujtahid.

Wallahu a’lam

Saat Nyawa Ditarik Keluar....

Setiap yang hidup pasti akan mati. Cuma bila dan di mana malaikat Izrail akan mengambil nyawa kita masih menjadi rahsia yang tidak sesiapa pun ketahui kecuali ALLAH SWT. Namun, kita sering mendengar tentang sakaratulmaut dan husnul khatimah apabila kematian dibahaskan.

Apa yang dimaksudkan dengan kalimah tersebut?

Jawapan: Sebelum berangkat ke alam barzakh untuk menuju akhirat yang kekal abadi, kita akan mengalami situasi yang disebut sakaratulmaut. Secara harfiah, kalimah ini bermaksud ‘mabuk menghadapi maut’ yang sangat dahsyat. Saat kematian ini berkait rapat dengan proses perpisahan roh dari jasad kita yang membawa kepada kematian. Syeikh Abdul Latif Musytahary (1996), menjelaskan bahawa kematian adalah bercerainya roh dari tubuh seseorang insan.

ALLAH SWT menerangkan lagi betapa ngerinya sakaratulmaut bagi mereka yang bergelumang dengan maksiat dan kezaliman dalam firman-NYA: “...alangkah dahsyatnya jika engkau melihat waktu orang zalim berada dalam tekanan sakaratulmaut, sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan (memukul dan menyeksa orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): “Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri), pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap ALLAH dengan tidak benar dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keterangan-NYA.”  (Surah al-An’am : 93)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya nyawa orang mukmin itu keluar sebagai keringat manakala nyawa orang kafir pula dicabut seperti nyawa keldai. Orang mukmin yang melakukan dosa, lalu dibalas dengan dahsyat sewaktu kematiannya untuk menghapuskan dosa daripadanya. Orang kafir yang melakukan kebaikan akan dimudahkan baginya pada saat menghadapi maut untuk membalasnya.” (Riwayat Abu Na’im)

Jika orang itu Muslim yang soleh, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya jenazah itu didatangi oleh malaikat. Sekiranya jenazah itu orang yang soleh, maka mereka berkata, “Silakan keluar, wahai nyawa yang baik dan harum yang berasal dari tubuh yang baik ini. Keluarlah dengan keceriaan dan kepujian, bergembiralah dengan khabar gembira, kenikmatan dan TUHAN yang tidak murka.”

Namun, berbeza pula bagi seseorang yang jahat. Sabda baginda yang bermaksud: “Apabila seseorang yang jahat ingin dicabut nyawanya, maka dikatakan: “Keluarlah wahai jiwa yang buruk berasal dari tubuh yang buruk pula. Keluarlah dengan kehinaan dan berilah peringatan dengan air yang mendidih serta nanah yang serupa dengannya.”

Sentiasa dikatakan sedemikian hingga keluar roh tersebut keluar. Dibukakan baginya pintu langit lalu dikatakan, “Siapakah ini?” Dikatakan inilah polan.” Lalu diucapkan, “Tidak diterima jiwa yang buruk berasal dari tubuh yang buruk. Kembalilah dengan kehinaan kerana pintu langit tidak akan dibuka bagi mu. Kemudian dihantar dari langit sampai ke dalam kubur.”  (Riwayat Ahmad)

Oleh itu, Rasul junjungan mulia ketika berhadapan sakaratulmaut masih sempat berdoa yang bermaksud: “Ya ALLAH, tolonglah Aku daripada sakaratulmaut ini.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Adab ziarahi orang sakit

Amalan ziarah-menziarahi dianjurkan bukan pada masa sakit sahaja tetapi merangkumi semua keadaan tanpa mengira peringkat umur. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hak setiap Muslim kepada Muslim yang lain ada lima.

Pertama, menjawab salam. Kedua, mengunjungi orang sakit. Ketiga, menghantar jenazah. Keempat, memenuhi undangan dan kelima, membaca doa kepada mereka yang bersin.” (Riwayat Bukhari) Berdasarkan Muhammad Abdul Hamid (2004), beliau menerangkan antara adab ketika melawat orang sakit seperti berikut:

•    Mereka yang sakit menjangkau tiga hari. Ini sejajar dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Adalah Nabi SAW tidak mengunjungi seseorang yang sakit melainkan ia telah berlalu tiga hari.” (Riwayat Ibnu Majah)

•    Tidak duduk terlalu lama kecuali diminta oleh pesakit.

•    Bersikap lemah lembut dan menunjukkan kasih sayang terhadap pesakit.

•    Berdoa untuk kesembuhan, kesempurnaan dan kekuatan pesakit.

•    Jangan makan atau minum di rumah pesakit kerana dibimbangkan akan membebankan keluarga terbabit.

•    Sentiasa memberikan harapan baik kepada pesakit.

Adab kendalikan orang nazak

Syeikh Abdul Latif al-Musytahary (1996) menyarankan adab bagi mengendalikan seseorang yang sedang sakaratulmaut:

•    Disunatkan menghadapkan pesakit ke arah kiblat dan ini merupakan amalan yang mulia agar pemergiannya juga dalam keadaan mulia.

•    Disunatkan membaca dua kalimah syahadah kepada pesakit agar kekal dengan kalimah tersebut sehingga hembusan nafas terakhir. Amalan ini seiring dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang mengakhiri kata-katanya dengan “La ilaha illallah” (Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH), maka ia akan masuk syurga.”  (Riwayat Muslim)

•    Disunatkan menghadirkan orang yang soleh agar dapat diharapkan keberkatan golongan tersebut di tempat seseorang yang menghadapi kematian. Amalan sedemikian dilakukan Rasulullah SAW ketika hayat baginda.

•    Disunatkan membaca Surah Yasin di sisi pesakit yang berhadapan dengan sakatulmaut. Sebenarnya ini dapat meringankan tanggungan yang dihadapinya. Amalan yang sejajar dengan sabda Rasulullah SAW daripada Miqdad yang bermaksud: “Yasin adalah jantung al-Quran. Seseorang yang membacanya dengan mengharapkan rahmat ALLAH dan akhirat, maka akan diampuni dosanya. Oleh itu, bacakanlah ia kepada mayat kamu (mereka yang dalam keadaan sakaratulmaut.” (Riwayat Muslim)

Mendambakan husnul khatimah

Meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah atau kesudahan hidup yang baik menjadi impian setiap orang yang beriman. Rasulullah SAW memberi gambaran awal golongan yang mendapat husnul khatimah melalui sabda baginda yang bermaksud: “Perhatikanlah tiga perkara pada mayat ketika waktu kematiannya.

Keluar peluh di dahinya, berlinang air matanya, melebar kedua hidungnya, maka itu rahmat daripada ALLAH yang diturunkan kepadanya. Jika ia berdengkur seperti unta yang tercekik, pucat warnanya, berbuih mulutnya, maka itu adalah seksaan daripada ALLAH yang telah menimpanya.”  (Riwayat at-Tirmizi dan Hakim)

Hasil ‘pelaburan’ amalan sepanjang hayat kita, ganjarannya akan diperoleh setelah meninggal dunia.

Rasulullah SAW di dalam sabda yang bermaksud: “Ada tujuh amalan yang terus memberi pahala bagi seseorang hamba di dalam kubur iaitu orang yang mengajar ilmu, orang yang mengalirkan sungai, orang yang menggali perigi, orang yang menanam pokok yang berbuah, orang yang membina masjid, orang yang mewariskan al-Quran atau orang yang mempunyai anak soleh yang selalu mendoakan ibu bapanya setelah kedua-duanya meninggal dunia.”  (Riwayat al-Bazzar)

Di Mana Roh Selepas Mati ?





Soalan; Di mana ruh ditempatkan selepas mati? Apakah ia mempunyai hubungan dengan jasad yang ditanam di bumi?


Jawapan;
Terdapat banyak pandangan ulamak dalam masalah ini, antaranya;

 Pendapat pertama: Ruh orang-orang beriman sama ada para Nabi atau syuhadak ditempatkan di dalam syurga. Adapun ruh-ruh orang kafir ditempatkan di dalam neraka. Ini adalah pendapat Abu Hurairah, Ibnu Umar, Imam Ahmad, Imam Syafi’ie dan Ibnu Kathir (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Baqarah, ayat 154).

Pendapat kedua: Ruh-ruh orang beriman berada di langit yang ke tujuh di tempat bernama ‘Illiyyiin, sedangkan ruh-ruh orang kafir berada di lapisan bumi yang ke tujuh di tempat bernama Sijjin (penjara). Ini adalah pendapat Kaab dan Syeikh Abu Bakar al-Jazairi.

Pendapat ketiga: Ruh-ruh orang beriman akan berada di halaman kubur masing-masing di mana kubur-kubur mereka dilapangkan oleh Allah, kecuali ruh orang-orang mati syahid yang ditempatkan di dalam syurga. Adapun ruh-ruh orang kafir, ia ditahan/dipenjara di bawah lapisan bumi yang ke tujuh. Ini adalah pendapat sekumpulan ulamak. Pendapat inilah yang dinyatakan oleh Imam al-Baijuri dalam kitabnya Syarah Jauharah at-Tauhid sebagai soheh. Menurut Imam Mujahid; ruh menetap di dalam kubur sehingga seminggu sahaja dari hari ia dikuburkan, kemudian ditempatkan di tempat yang lain.

Pendapat keempat: Ruh berada di suatu tempat di mana ia berada ketika jasadnya belum diciptakan. Ini adalah pendapat Ibnu Hazm.

Pendapat kelima: Ruh orang beriman berada di barzakh di bumi di mana ia bebas dapat pergi ke mana-mana menurut kehendaknya. Ini adalah pendapat Salman al-Farisi dan Imam Malik.

Perbezaan pendapat di atas adalah kerana wujudnya perbezaan dalil yang menjadi rujukan masing-masing. Kerana itu Imam Ibnul-Qayyim al-Jauziyah dalam kitabnya ar-Ruh, setelah beliau membentang pendapat-pendapat yang pelbagai tadi, beliau membuat ulasan bahawa ruh-ruh di alam barzakh berbeza-beza tempat dan tingkatnya mengikut kedudukan masing-masing di sisi Allah;
· Ada ruh yang ditempatkan di ‘Illiyyin pada daerah yang paling tinggi iaitu ruh para Nabi,
· Ada ruh yang ditempatkan di dalam syurga seperti ruh para Syuhadak,
· Ada ruh yang ditempatkan dipintu syurga,
· Ada ruh yang ditempatkan di bumi,
· Ada ruh yang berada lapisan terbawah dari bumi,
· Ada ruh yang berenang dalam lautan darah (sebagaimana dilihat Nabi s.a.w. dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj).

Kesimpulannya, ruh-ruh tidak berada di satu tempat. Sebagai menegaskan pandangan beliau, Imam Ibnul-Qayyim menjelaskan; “Jka kita analisis serta hayati hadis-hadis atau riwayat tersebut, maka kita akan menyimpulkan bahawa tidak ada dalil-dalil soheh yang saling bertentangan antara satu sama lain. Inilah hujah yang benar dan dapat dijadikan pegangan”.

Hubungan ruh dengan jasad

Ruh-ruh selepas mati walaupun berada di tempat yang jauh (di syurga, di langit dan sebagainya mengikut pendapat-pendapat tadi), namun ia masih mempunyai hubungan secara langsung dengan kuburnya yang mengandungi jasadnya. Dengan adanya hubungan itu, ruh akan membalas salam orang yang datang berziarah ke kuburnya dan tidaklah mustahil bagi ruh itu untuk kembali ke jasadnya dalam waktu yang amat pantas dari tempat tinggalnya dengan izin Allah. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda; “Tidak ada seorangpun yang melalui kubur saudaranya yang muslim yang dikenalinya di dunia, lalu ia memberi salam kepadanya melainkan akan dikembalikan ruh kepadanya sehingga ia dapat menjawab salam”.

Begitu juga dengan adanya hubungan itu, jasad akan turut merasai nikmat atau azab yang dikenakan ke atas ruh di alam barzakh. Kesimpulannya; di alam barzakh sekalipun ruh dengan jasad terpisah, namun hubungan antara keduanya masih ada.

Wallahu A’lam.

Rujukan;


1. Ar-Ruh, Ibnul-Qayyim al-Jauziyyah.
2. Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Baqarah, ayat 154.
3. Aqidah al-Muslim, Syeikh Abu Bakar al-Jazairi.
4. Syarh Jauharah at-Tauhid, Imam al-Baijuri.

Wednesday, 30 October 2013

Zikir..







Entri kali ni nak cerita bab zikir....Zikir adalah jambatan antara hamba dan Tuhannya,ia merupakan jalan menuju kecintaan Allah SWT dan Redha-Nya.Zikir merupakan pintu untuk naik dan membuka.Zikir merupakan mikrajnya seorang hamba kepada khaliqnya.Zikir merupakan tanda-tanda orang ingin berjalan menuju  kepada Allah SWT dan ia adalah kekuatan hati,makanan hati,cahaya dan penerang penglihatan.Zikir merupakan jalan untuk menyampaikanmu kepada Tuhanmu,iaitu satu jalan yang sangat dekat dan jalan memperoleh kewalian dan menjadi orang yang terpilih.

    Zikir adalah penyelamat dari azab Allah SWT,cahaya bagi setiap mukmin di dalam kuburnya.Zikir adalah pakaian bagi orang yang mulia dan penerang wajah dan hati.Zikir merupakan pemberian kekuatan bagi roh,badan dan penghilang kebiadaban antara hamba dengan Tuhannya.Zikir merupakan penghalang syaitan untuk mendekat ,sehingga apabila syaitan mendekat,sedangkan hamba sedang berzikir kepada Allah SWT,maka syaitan akan menjerit ketakutan.

**(''Sebahagian Salafus Soleh mengatakan,apabila zikir terpateri di dalam hati,apabila syaitan       mendekat dengan orang yang selalu berzikir kepada Allah SWT,maka ia akan menjerit ketakutan sebagaimana manusia menjerit ketika mendekati syaitan.Kemudian berkumpullah seluruh syaitan,seraya berkata:  "Apa ini??"Maka dikatakan kepada mereka,"apabila zikir telah menyertai manusia......")

Zikir merupakan penghilang kesedihan,kesusahan,menolak segala penyakit,melenyapkan kesedihan dan bala.Apabila mereka ditimpa bala,maka Tuhanlah sebagai tempat mengadu.Zikir merupakan taman di dalam syurga,satu tempat yang mereka akan terima dengan kebahagiaan,yang membuat hati merasa senang dan gembira.

   Zikir merupakan penghilang kekerasan hati dan mengembalikan hati menjadi bersih dan bercahaya.Zikir juga menyebabkan mendapat ketenangan jiwa,rahmat dari Allah SWT dan kehadiran para malaikat.Kemudian para malaikat akan berkumpul dengan mereka untuk berzikir kepada Allah SWT.Zikir merupakan naungan di dalam kubur yang gelap dan menghilangkan ketakutan,sehingga datangnya hari kiamat dan manusia berdiri di hadapan Tuhan seluruh alam.Zikir juga merupakan penyebab turunnya rezeki,kebaikan dan pemberian.

   Zikir adalah roh perbuatan amal soleh.Apabila pada amal tidak terdapat zikir,nescaya ia seperti tubuh yang tidak mempunyai roh.Zikir adalah suatu jalan untuk mendekatkan mu dengan Allah SWT dan menjadikan mu  selalu diingat Tuhan mu.Sebagaimana Allah SWT berfirman bermaksud:

"Kerana itu,ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat(pula)kepadamu,dan bersyukurlah kepada-Ku,dan janganlah kamu mengingkari(nikmat) Ku."

   Apabila kamu selalu mengingati Allah SWT,nescaya Allah SWT akan selalu mengingatmu.Apabila ia mengingatmu,nescaya kamu akan mendapat kebaikan dan dilimpahkan kepadamu taufik dan seterusnya hidayah,pengampunan dan rahmat.

 **("Thabit Al-Banani salah seorang tabi'in berkata:"Sesungguhnya aku mengetahui bila Allah mengingatku."kemudian seseorang bertanya kepadanya,"bila kamu mengetahuinya?."Thabit
menjawab:"Apabila kamu mengingati-Nya,nescaya ia akan mengingatimu,kerana Allah SWT berfirman:"Kerana itu,ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat(pula) kepadamu...")

   Oleh kerana itu,seorang muslim harus dapat memperbanyakan zikir kepada Allah,agar mendapat petolongan dan kasih sayang-Nya.Apabila zikir kepada Allah terputus,maka pertolongan dan kasih sayang-Nya juga terlupus serta tidak mendapat taufik dan hidayah.Oleh kerana itu dikatakan: 

"Seksaan bagi orang arif adalah terputusnya zikir."

   Oleh kerana itu Allah menghina orang munafik yang berpaling dari berzikir kepada-Nya. Allah mengatakan mengenai sifat-sifat mereka dalam firman-Nya yang bermaksud:

"....dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali."   Surah An-Nisaa' ; ayat 142.
"sesiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah(Al-Quran),Kami adakan baginya syaitan(yang menyesatkan)maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalang mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk."   SurahAz-Zukhruf ;ayat 36-37.

Jabir RA berkata: "Pada suatu hari Rasulullah saw berkhutbah kepada kami,baginda bersabda: "wahai manusia,bertaubatlah kepada Allah  sebelum kamu meninggal dunia,bersegeralah melaksanakan amal soleh sebelum kamu disibukkan,sambungkanlah antaramu dan Allah dengan memperbanyak zikir kepada-Nya."

**(Dalam satu riwayat dikatakan bahawa zikir yang paling baik adalah sembahyang,kemudian membaca Al-Quran di dalam sembahyang dan di luar sembahyang,kemudian tasbih,tahmid,tahlil,takbir,kemudian berselawat kepada Rasulullah saw,kemudian istighfar dan berdoa.)

   Apabila seorang muslim telah tenggelam dengan berzikir kepada Allah dan disibukkan dengan berdoa kepada Allah,nescaya Allah akan mengatur segala keperluannya dan memberi kemaslahatan kepadanya dengan sempurna dan sebaik-baik pemberian.

Rasulullah saw bersabda: "sesiapa yang sibuk dengan mengingatKu,nescaya Aku memberi kepadanya sesuatu lebih daripada yang Aku berikan kepada orang-orang yang memohon kepada-Ku."      Diriwayatkan daripada Tirmizi dari Abu Sa'id al-Khudri RA.

   Andaikata manusia mengetahui kedudukan dan keutamaan zikir,nescaya mereka akan disibukkan dengannya dan akan membekas di atas segala urusannya.Rasulullah saw bersabda: 

"Andaikata seorang raja mengetahui apa yang terdapat dalam berzikir kepada Allah,nescaya ia akan meninggalkan takhtanya,andaikata seorang peniaga mengetahui apa yang terdapat dalam berzikir kepada Allah,nescaya ia akan meninggalkan perniagaannya.Andaikata pahala satu buah tasbih diberikan kepada seluruh penduduk bumi,sungguh semuanya akan mendapatnya,setiap seorang mendapat sepuluh kali ganda."

**(Hadis ini bukan bererti menganjurkan untuk tidak bekerja dan hanya menghabiskan waktunya untuk berzikir.Hanya sahaja Rasulullah saw mengingatkan agar kita termasuk orang-orang yang di cintai Allah sebagai ahli zikir,kerana di dalam zikir terdapat keutamaan yang sangat besar.Sila lihat kitab Najhatul
Majlis Abdurrahman bin Abdusalam Ash Shafuri Asy-syafie.Makna ini juga hampir sama dengan sebuah hadis Rasulullah saw yang berbunyi,"Sesiapa yang memusatkan diri kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkan semua rezeki,iaitu rezeki yang tidak diduga-duga.Sesiapa yang memusatkan dirinya kepada dunia,nescaya allah akanmemberi dunia kepadanya." Diriwayatkan daripada Abu Syeikh dalam kitab Ath-Thawab dari Imran bin Hushain RA.) 

   Dalam sebuah riwayat dikatakan,bahawa seorang arab bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah,aku menyukai agar aku menjadi orang yang lebih dikhususkan di antara manusia oleh Allah."
Rasulullah menjawab: "Perbanyaklah berzikir kepada Allah ,nescaya kamu menjadi orang yang lebih dikhususkan di antara manusia oleh Allah.   Diriwayatkan daripada Imam Ahmad bin Hambal dari Khalid bin Walid RA.

   Orang yang selalu berzikir kepada Allah bukan hanya bermanfaat untuk dirinya sahaja,melainkan untuk orang lain.Kerana Allah akan menghalau bala yang akan ditimpakan kepada manusia kerana berkatnya orang-orang yang selalu berzikir kepada-Nya.Allah swt berfirman dalam sebuah hadis qudsi yang  bermaksud :

"Sesungguhnya aku menyukai hamba-Ku yang hati nya selalu bergantung ke masjid,mereka di bumi selalu memberi nasihat dan meminta ampun ketika waktu sahur.Mereka adalah apabila penduduk bumi akan mendapat bala,kerana zikir mereka bala tersebut berpaling dari manusia."   Diriwayatkan daripada Baihaqi dari Anas bin Malik RA.

   Sebahagian orang arif berkata: "andaikata orang-orang yang berzikir kepada Allah lalai,nescaya manusia akan celaka."

   Diantara keistimewaan zikir adalah berzikir tidak  bergantung kepada waktu.Maksudnya kamu dapat dan bila sahaja berzikir kepada Allah.Kerana zikir tidak mempunyai waktu yang tertentu,bahkan di seluruh waktu,melainkan hamba diperintahkan berzikir kepada Allah,adakalanya berbentuk fardhu atau sunat.Sembahyang umpamanya,sekalipun sembahyang merupakan ibadah yang paling mulia tetapi tidak boleh dikerjakan di setiap waktu.Demikian juga dengan puasa,ia mempunyai waktu pelaksanaan dan penutupan yang jelas.Haji demikian pula,haji tidak sah bila dikerjakan selain pada bulan haji.Adapun zikir dengan lisan dan hati,dapat dikerjakan pada setiap waktu dan keadaan.Allah swt berfirman bermaksud:

"(Iaitu)orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring..."   Surah Ali Imran ;ayat 191.
Aisyah RA berkata: "Rasulullah saw selalu berzikir sepanjang hidupnya."

**(Diriwayatkan daripada Muslim.Maksudnya Rasulullah saw  selalu berzikir kepada Allah bila dan di mana sahaja baginda berada,sama ada ketika baginda berdiri,duduk,berjalan,tidur dan dikala suci ataupun tidak.)

   Sebagaimana sebuah hadis qudsi berbunyi : "Sentiasa hamba-Ku akan dekat kepada-Ku dengan melaksanakan ibadah sunat,sehingga aku menyukainya.Apabila Aku telah menyukainya nescaya Aku akan menjadi pendengarnya yang ia dengar dengannya,penglihatannya yang ia melihat dengannya,
tangannya yang ia bertindak dengannya dan kakinya yang ia berjalan dengannya.Jika ia memohon kepada-Ku,nescaya aku akan memberinya dan jika ia minta perlindungan-Ku,nescaya Aku akan melindunginya."   Diriwayatkan dari Muslim.  

   Ketika Rasulullah saw masih hidup,baginda selalu mengerjakan ibadah sembahyang sunat,seperti sembahyang jenazah,gerhana,minta hujan,tahiyatul masjid,dua rakaat setelah berwuduk,ketika masuk dan keluar dari rumah,sembahyang istikharah,sembahyang hajat,sembahyang taubat,sembahyang ketika hujan turun,sembahyang musafir,sembahyang tasbih,sembahyang melunasi hutang,sembahyang ketika mahu tidur dan selainnya.

   Semua sembahyang ini yang terdapat zikir dan doa di dalamnya semuanya berasal dari Rasulullah saw.Allah swt berfirman bermaksud:

"...apa yang diberikan oleh Rasul kepadamu maka terimalah ia.Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah..."   Surah Al-Hasyar; ayat 7.

"Sesiapa yang mentaati Rasul itu,sesungguhnya ia telah mentaati Allah..."  Surah An-Nisaa'; ayat 80.

Amalan sunat kunci syurga,tidak sempurna Islam seseorang melainkan ia telah mengerjakan ibadah sunat.Ini merupakan bukti bahawa ia benar-benar mengikuti Rasulullah saw dan mencintainya.Ada yang mengatakan: " Orang yang mencintai tidak akan pernah bosan dengan mengerjakan ibadah sunat dalam kedekatannya kepada Tuhannya dan tidak akan berharap melainkan redha dan berdekatan kepada-Nya."

   "Tidak ada yang diharapkan oleh orang yang mencintai,melainkan keinginan mencintai-Nya.Kerana orang yang mencintai terhadap segala urusan selalu ingin bergumul(tenggelam) dengannya."

   Nabi Muhammad saw tidak mengharamkan zikir ataupun doa yang Allah ilhamkan kepada salah seorang hamba-hamba-Nya selama berjalan bersamaan dengan Al-quran dan sunat.Bahkan Nabi menganjurkan dan mengakuinya.Abdullah bin Umar RA berkata:
Kemudian Rasulullah berkata: "Siapa yang mengucapkan kalimat tesebut?" Lelaki itu berkata: "Saya,ya Rasulullah." Rasulullah saw bersabda: "aku kagum akannya,engkau telah membuka pintu-pintu langit kerananya."   Diriwayatkan daripada Muslim dan selainnya.

   Begitu pula dengan apa yang dilakukan para sahabat,mereka menambah ibadah sunat,kerana kecintaan dan keinginan mereka untuk mendapat taqarrub kepada Allah.Allah swt berfirman bermaksud:

"...sesiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan,maka itulah yang lebih baik baginya..."   Surah Al-Baqarah; ayat 184.


   Tidak ada satu pun sahabat yang menentang penambahan ibadat sunat yang dilakukan oleh sebahagian para sahabat.bahkan mereka mengakuinya dan mengikutinya.Sebagaimana yang terjadi pada peristiwa sembahyang tarawih pada bulan Ramadanyang penuh berkat.Rasulullah saw bersama kaum muslimin melaksanakan sembahyang tarawih sebanyak 8 rakaat dan ditambah dengan 3 rakaat witir.Dan baginda tetap mengerjakan demikian hingga baginda wafat.

   Pada masa pemerintahan Umar bin Khattab,para sahabat berkumpul di Masjidin Nabawi dan menambah sembahyang tarawih hingga 20 rakaat.Manakala Umar melihat kaum muslimin sangat merindukan untuk melaksanakan ibadah dan kecintaan mereka untuk mendengar Al-Quran pada bulan yang penuh berkat,maka pada suatu malam Umar melihat manusia sedang melasanakan sembahyang tarawih,pada saat itu yang menjadi imam Ubay bin Ka'ab,kemudian Umar berkata: " alangkah baiknya bidaah ini!"

**(Kami katakan,"Apabila Umar mengatakan bahawa perbuatan itu bidaah,maka maknanya tidak semua bidaah itu sesat.Jadi bidaah itu ada bidaah yang hasanah dan ada bidaah yang buruk.Setiap sesuatu yang baru dan mempunyai kebaikan dan tidak menyalahi Al-Quran dan sunnah,maka itu adalah bidaah hasanah,")

   Kemudian setelah masa para sahabat,beralih ke masa para tabi'in,kemudian setelah mereka benyaklah muncul para ahli sufi dan ilmu.Hati mereka sangat ingin selalu melaksanakan ibadah.sehingga mereka menambahkan dalam ibadah mereka dan sunat-sunat mereka.Semua ini dilakukan kerana kecintaan mereka ingin selalu dekat kepada Allah.Sehingga sebahagian para tabi'in mengatakan: "Demi Allah,aku akan bersungguh-sungguh.Jika aku berhasil,maka itu semua kerana rahmat Allah dan jika aku masuk neraka,maka sangat jauhlah kesungguhanku."

   Sebagaimana dikatakan oleh salah bidaah arif,"Semua pintu  dan jiwa akan terbuka dengan kesungguhan."
 Maka benarlah apa yang dikatakan Allah dalam firman-Nya tentang mereka yang mengharap keredhaan Allah,yang bermaksud: "Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam;dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun(kepada Allah)."   Surah Adz-Dzaariyaat; ayat 17-18.

   Imam Muhyiddin bin arabi mengatakan dalam kitabnya "Washaya" bahawa Syeikh Abu Madyan salah seorang wali qutub arab pada masanya. Beliau mensunatkan kepada para sahabt-sahabatnya untuk mengerjakan sembahyang selepas makan.Pada rakaat pertama setelah surah Al-Fatihah membaca surah Quraisy dan pada rakaat kedua membaca Al-Ikhlas,maka para sahabat-sahabtnya mengerjakannya dan ini merupakan bidaah yang baik,yang dapat menambah pahala dan keutamaan.Bidaah yang baik ini juga berasal dari Sunnah Nabi,dalam satu riwayat disebutkan, 

"Cairkanlah makananmu dengan zikir dan sembahyang,janganlah kamu tertidur,sehingga hatimu akan menjadi keras."   Diriwayatkan daripada Tabrani dalam kitab Al-Ausat dan Ibnu Sina dalam kitab Amalan sehari semalam dari Aisyah RA.
###
   Rasulullah saw juga menganjurkan kepada umatnya setelah kepergiannya untuk melakukan sunnah yang baik.Sehingga kaum muslimin dapat mengambil manfaat darinya dan menjadi penolong bagi agama dan akhirat mereka.Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang melakukan satu perbuatan yang baik dalam Islam
 ,maka ia akan mendapat pahala dan pahala dari orang-orang yang mengamalkan selepasnya,sedikit pun tidak akan dikurangi pahala mereka."

   Hal ini juga terjadi,pada masa tabi'in dan setelah mereka.Pada masa mereka,mereka telah membuat hal yang baru yang tidak pernah dikerjakan Rasulullah saw,dan tidak ada satu pun dari mereka yang mengingkarinya.Beberapa contoh dari ibadah yang tidak pernah dikerjakan Rasulullah saw,di antaranya:

1.Pengumpulan Al-Quran pada masa Abu Bakar,sehingga hampir sahaja Al-Quran itu hilang kerana ramai para sahabat hafaz Al-Quran yang syahid.
2.Pengumpulan hadis pada masa Umar bin Abdul Aziz.
3.Pengumpulan ilmu feqah pada masa Abu Hanifah.
4.Pencetus ilmu Usul Fiqah oleh Imam Syafie
5.Dan sebagainya.
###

** catatan kaki