Entri kali ni nak cerita bab zikir....Zikir adalah jambatan
antara hamba dan Tuhannya,ia merupakan jalan menuju kecintaan Allah SWT dan
Redha-Nya.Zikir merupakan pintu untuk naik dan membuka.Zikir merupakan
mikrajnya seorang hamba kepada khaliqnya.Zikir merupakan tanda-tanda orang
ingin berjalan menuju kepada Allah SWT
dan ia adalah kekuatan hati,makanan hati,cahaya dan penerang penglihatan.Zikir
merupakan jalan untuk menyampaikanmu kepada Tuhanmu,iaitu satu jalan yang
sangat dekat dan jalan memperoleh kewalian dan menjadi orang yang terpilih.
Zikir adalah
penyelamat dari azab Allah SWT,cahaya bagi setiap mukmin di dalam
kuburnya.Zikir adalah pakaian bagi orang yang mulia dan penerang wajah dan
hati.Zikir merupakan pemberian kekuatan bagi roh,badan dan penghilang
kebiadaban antara hamba dengan Tuhannya.Zikir merupakan penghalang syaitan
untuk mendekat ,sehingga apabila syaitan mendekat,sedangkan hamba sedang
berzikir kepada Allah SWT,maka syaitan akan menjerit ketakutan.
**(''Sebahagian
Salafus Soleh mengatakan,apabila zikir terpateri di dalam hati,apabila
syaitan mendekat dengan orang yang
selalu berzikir kepada Allah SWT,maka ia akan menjerit ketakutan sebagaimana
manusia menjerit ketika mendekati syaitan.Kemudian berkumpullah seluruh
syaitan,seraya berkata: "Apa
ini??"Maka dikatakan kepada mereka,"apabila zikir telah menyertai
manusia......")
Zikir merupakan penghilang kesedihan,kesusahan,menolak
segala penyakit,melenyapkan kesedihan dan bala.Apabila mereka ditimpa bala,maka
Tuhanlah sebagai tempat mengadu.Zikir merupakan taman di dalam syurga,satu
tempat yang mereka akan terima dengan kebahagiaan,yang membuat hati merasa
senang dan gembira.
Zikir merupakan
penghilang kekerasan hati dan mengembalikan hati menjadi bersih dan bercahaya.Zikir
juga menyebabkan mendapat ketenangan jiwa,rahmat dari Allah SWT dan kehadiran
para malaikat.Kemudian para malaikat akan berkumpul dengan mereka untuk
berzikir kepada Allah SWT.Zikir merupakan naungan di dalam kubur yang gelap dan
menghilangkan ketakutan,sehingga datangnya hari kiamat dan manusia berdiri di
hadapan Tuhan seluruh alam.Zikir juga merupakan penyebab turunnya
rezeki,kebaikan dan pemberian.
Zikir adalah roh
perbuatan amal soleh.Apabila pada amal tidak terdapat zikir,nescaya ia seperti
tubuh yang tidak mempunyai roh.Zikir adalah suatu jalan untuk mendekatkan mu
dengan Allah SWT dan menjadikan mu selalu diingat Tuhan mu.Sebagaimana Allah SWT
berfirman bermaksud:
"Kerana
itu,ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat(pula)kepadamu,dan bersyukurlah
kepada-Ku,dan janganlah kamu mengingkari(nikmat) Ku."
Apabila kamu selalu mengingati Allah
SWT,nescaya Allah SWT akan selalu mengingatmu.Apabila ia mengingatmu,nescaya
kamu akan mendapat kebaikan dan dilimpahkan kepadamu taufik dan seterusnya
hidayah,pengampunan dan rahmat.
**("Thabit Al-Banani salah seorang
tabi'in berkata:"Sesungguhnya aku mengetahui bila Allah
mengingatku."kemudian seseorang bertanya kepadanya,"bila kamu
mengetahuinya?."Thabit
menjawab:"Apabila
kamu mengingati-Nya,nescaya ia akan mengingatimu,kerana Allah SWT
berfirman:"Kerana itu,ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat(pula)
kepadamu...")
Oleh kerana itu,seorang
muslim harus dapat memperbanyakan zikir kepada Allah,agar mendapat petolongan
dan kasih sayang-Nya.Apabila zikir kepada Allah terputus,maka pertolongan dan
kasih sayang-Nya juga terlupus serta tidak mendapat taufik dan hidayah.Oleh
kerana itu dikatakan:
"Seksaan bagi
orang arif adalah terputusnya zikir."
Oleh kerana itu
Allah menghina orang munafik yang berpaling dari berzikir kepada-Nya. Allah
mengatakan mengenai sifat-sifat mereka dalam firman-Nya yang bermaksud:
"....dan tidaklah
mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali." Surah
An-Nisaa' ; ayat 142.
"sesiapa yang
berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah(Al-Quran),Kami adakan baginya
syaitan(yang menyesatkan)maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu
menyertainya.Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalang mereka
dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat
petunjuk." SurahAz-Zukhruf ;ayat 36-37.
Jabir RA berkata: "Pada
suatu hari Rasulullah saw berkhutbah kepada kami,baginda bersabda: "wahai
manusia,bertaubatlah kepada Allah
sebelum kamu meninggal dunia,bersegeralah melaksanakan amal soleh sebelum
kamu disibukkan,sambungkanlah antaramu dan Allah dengan memperbanyak zikir
kepada-Nya."
**(Dalam satu riwayat
dikatakan bahawa zikir yang paling baik adalah sembahyang,kemudian membaca
Al-Quran di dalam sembahyang dan di luar sembahyang,kemudian tasbih,tahmid,tahlil,takbir,kemudian
berselawat kepada Rasulullah saw,kemudian istighfar dan berdoa.)
Apabila seorang
muslim telah tenggelam dengan berzikir kepada Allah dan disibukkan dengan
berdoa kepada Allah,nescaya Allah akan mengatur segala keperluannya dan memberi
kemaslahatan kepadanya dengan sempurna dan sebaik-baik pemberian.
Rasulullah saw bersabda:
"sesiapa yang sibuk dengan mengingatKu,nescaya Aku memberi kepadanya
sesuatu lebih daripada yang Aku berikan kepada orang-orang yang memohon
kepada-Ku." Diriwayatkan
daripada Tirmizi dari Abu Sa'id al-Khudri RA.
Andaikata manusia
mengetahui kedudukan dan keutamaan zikir,nescaya mereka akan disibukkan
dengannya dan akan membekas di atas segala urusannya.Rasulullah saw bersabda:
"Andaikata seorang raja mengetahui apa
yang terdapat dalam berzikir kepada Allah,nescaya ia akan meninggalkan
takhtanya,andaikata seorang peniaga mengetahui apa yang terdapat dalam berzikir
kepada Allah,nescaya ia akan meninggalkan perniagaannya.Andaikata pahala satu
buah tasbih diberikan kepada seluruh penduduk bumi,sungguh semuanya akan
mendapatnya,setiap seorang mendapat sepuluh kali ganda."
**(Hadis
ini bukan bererti menganjurkan untuk tidak bekerja dan hanya menghabiskan
waktunya untuk berzikir.Hanya sahaja Rasulullah saw mengingatkan agar kita
termasuk orang-orang yang di cintai Allah sebagai ahli zikir,kerana di dalam
zikir terdapat keutamaan yang sangat besar.Sila lihat kitab Najhatul
Majlis Abdurrahman bin Abdusalam Ash Shafuri Asy-syafie.Makna ini juga hampir sama
dengan sebuah hadis Rasulullah saw yang berbunyi,"Sesiapa yang memusatkan
diri kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkan semua rezeki,iaitu rezeki yang
tidak diduga-duga.Sesiapa yang memusatkan dirinya kepada dunia,nescaya allah
akanmemberi dunia kepadanya." Diriwayatkan daripada Abu Syeikh dalam kitab
Ath-Thawab dari Imran bin Hushain RA.)
Dalam sebuah
riwayat dikatakan,bahawa seorang arab bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah,aku menyukai agar aku
menjadi orang yang lebih dikhususkan di antara manusia oleh Allah."
Rasulullah menjawab: "Perbanyaklah berzikir kepada Allah ,nescaya kamu menjadi orang yang
lebih dikhususkan di antara manusia oleh Allah. Diriwayatkan daripada Imam Ahmad bin Hambal
dari Khalid bin Walid RA.
Orang yang selalu
berzikir kepada Allah bukan hanya bermanfaat untuk dirinya sahaja,melainkan
untuk orang lain.Kerana Allah akan menghalau bala yang akan ditimpakan kepada
manusia kerana berkatnya orang-orang yang selalu berzikir kepada-Nya.Allah swt
berfirman dalam sebuah hadis qudsi yang
bermaksud :
"Sesungguhnya aku
menyukai hamba-Ku yang hati nya selalu bergantung ke masjid,mereka di bumi
selalu memberi nasihat dan meminta ampun ketika waktu sahur.Mereka adalah
apabila penduduk bumi akan mendapat bala,kerana zikir mereka bala tersebut
berpaling dari manusia."
Diriwayatkan daripada Baihaqi dari Anas bin Malik RA.
Sebahagian orang
arif berkata: "andaikata orang-orang
yang berzikir kepada Allah lalai,nescaya manusia akan celaka."
Diantara
keistimewaan zikir adalah berzikir tidak
bergantung kepada waktu.Maksudnya kamu dapat dan bila sahaja berzikir
kepada Allah.Kerana zikir tidak mempunyai waktu yang tertentu,bahkan di seluruh
waktu,melainkan hamba diperintahkan berzikir kepada Allah,adakalanya berbentuk
fardhu atau sunat.Sembahyang umpamanya,sekalipun sembahyang merupakan ibadah
yang paling mulia tetapi tidak boleh dikerjakan di setiap waktu.Demikian juga
dengan puasa,ia mempunyai waktu pelaksanaan dan penutupan yang jelas.Haji
demikian pula,haji tidak sah bila dikerjakan selain pada bulan haji.Adapun
zikir dengan lisan dan hati,dapat dikerjakan pada setiap waktu dan
keadaan.Allah swt berfirman bermaksud:
"(Iaitu)orang-orang
yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan
berbaring..." Surah Ali Imran
;ayat 191.
Aisyah RA berkata: "Rasulullah
saw selalu berzikir sepanjang hidupnya."
**(Diriwayatkan
daripada Muslim.Maksudnya Rasulullah saw selalu berzikir kepada Allah bila dan di mana
sahaja baginda berada,sama ada ketika baginda berdiri,duduk,berjalan,tidur dan
dikala suci ataupun tidak.)
Sebagaimana sebuah hadis qudsi berbunyi : "Sentiasa hamba-Ku akan dekat kepada-Ku dengan melaksanakan ibadah
sunat,sehingga aku menyukainya.Apabila Aku telah menyukainya nescaya Aku akan
menjadi pendengarnya yang ia dengar dengannya,penglihatannya yang ia melihat dengannya,
tangannya
yang ia bertindak dengannya dan kakinya yang ia berjalan dengannya.Jika ia
memohon kepada-Ku,nescaya aku akan memberinya dan jika ia minta
perlindungan-Ku,nescaya Aku akan melindunginya." Diriwayatkan dari Muslim.
Ketika Rasulullah
saw masih hidup,baginda selalu mengerjakan ibadah sembahyang sunat,seperti
sembahyang jenazah,gerhana,minta hujan,tahiyatul masjid,dua rakaat setelah
berwuduk,ketika masuk dan keluar dari rumah,sembahyang istikharah,sembahyang
hajat,sembahyang taubat,sembahyang ketika hujan turun,sembahyang
musafir,sembahyang tasbih,sembahyang melunasi hutang,sembahyang ketika mahu
tidur dan selainnya.
Semua sembahyang
ini yang terdapat zikir dan doa di dalamnya semuanya berasal dari Rasulullah
saw.Allah swt berfirman bermaksud:
"...apa yang
diberikan oleh Rasul kepadamu maka terimalah ia.Dan apa yang dilarangnya bagimu
maka tinggalkanlah..." Surah
Al-Hasyar; ayat 7.
"Sesiapa yang
mentaati Rasul itu,sesungguhnya ia telah mentaati Allah..." Surah An-Nisaa'; ayat 80.
Amalan sunat kunci syurga,tidak sempurna Islam seseorang
melainkan ia telah mengerjakan ibadah sunat.Ini merupakan bukti bahawa ia
benar-benar mengikuti Rasulullah saw dan mencintainya.Ada yang mengatakan: " Orang yang mencintai tidak akan
pernah bosan dengan mengerjakan ibadah sunat dalam kedekatannya kepada Tuhannya
dan tidak akan berharap melainkan redha dan berdekatan kepada-Nya."
"Tidak ada yang diharapkan oleh orang
yang mencintai,melainkan keinginan mencintai-Nya.Kerana orang yang mencintai
terhadap segala urusan selalu ingin bergumul(tenggelam) dengannya."
Nabi Muhammad saw
tidak mengharamkan zikir ataupun doa yang Allah ilhamkan kepada salah seorang
hamba-hamba-Nya selama berjalan bersamaan dengan Al-quran dan sunat.Bahkan Nabi
menganjurkan dan mengakuinya.Abdullah bin Umar RA berkata:
Kemudian Rasulullah berkata: "Siapa yang mengucapkan kalimat tesebut?" Lelaki itu berkata: "Saya,ya Rasulullah."
Rasulullah saw bersabda: "aku kagum
akannya,engkau telah membuka pintu-pintu langit kerananya." Diriwayatkan daripada Muslim dan selainnya.
Begitu pula dengan
apa yang dilakukan para sahabat,mereka menambah ibadah sunat,kerana kecintaan
dan keinginan mereka untuk mendapat taqarrub kepada Allah.Allah swt berfirman
bermaksud:
"...sesiapa yang
dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan,maka itulah yang lebih baik
baginya..." Surah Al-Baqarah; ayat
184.
Tidak ada satu pun
sahabat yang menentang penambahan ibadat sunat yang dilakukan oleh sebahagian
para sahabat.bahkan mereka mengakuinya dan mengikutinya.Sebagaimana yang terjadi
pada peristiwa sembahyang tarawih pada bulan Ramadanyang penuh berkat.Rasulullah
saw bersama kaum muslimin melaksanakan sembahyang tarawih sebanyak 8 rakaat dan
ditambah dengan 3 rakaat witir.Dan baginda tetap mengerjakan demikian hingga
baginda wafat.
Pada masa
pemerintahan Umar bin Khattab,para sahabat berkumpul di Masjidin Nabawi dan
menambah sembahyang tarawih hingga 20 rakaat.Manakala Umar melihat kaum
muslimin sangat merindukan untuk melaksanakan ibadah dan kecintaan mereka untuk
mendengar Al-Quran pada bulan yang penuh berkat,maka pada suatu malam Umar melihat
manusia sedang melasanakan sembahyang tarawih,pada saat itu yang menjadi imam
Ubay bin Ka'ab,kemudian Umar berkata: " alangkah baiknya bidaah ini!"
**(Kami
katakan,"Apabila Umar mengatakan bahawa perbuatan itu bidaah,maka maknanya
tidak semua bidaah itu sesat.Jadi bidaah itu ada bidaah yang hasanah dan ada
bidaah yang buruk.Setiap sesuatu yang baru dan mempunyai kebaikan dan tidak
menyalahi Al-Quran dan sunnah,maka itu adalah bidaah hasanah,")
Kemudian setelah masa
para sahabat,beralih ke masa para tabi'in,kemudian setelah mereka benyaklah
muncul para ahli sufi dan ilmu.Hati mereka sangat ingin selalu melaksanakan
ibadah.sehingga mereka menambahkan dalam ibadah mereka dan sunat-sunat
mereka.Semua ini dilakukan kerana kecintaan mereka ingin selalu dekat kepada
Allah.Sehingga sebahagian para tabi'in mengatakan: "Demi Allah,aku akan bersungguh-sungguh.Jika aku berhasil,maka
itu semua kerana rahmat Allah dan jika aku masuk neraka,maka sangat jauhlah
kesungguhanku."
Sebagaimana dikatakan oleh salah bidaah
arif,"Semua pintu dan jiwa akan
terbuka dengan kesungguhan."
Maka benarlah apa
yang dikatakan Allah dalam firman-Nya tentang mereka yang mengharap keredhaan
Allah,yang bermaksud: "Mereka
sedikit sekali tidur pada waktu malam;dan di akhir-akhir malam mereka memohon
ampun(kepada Allah)." Surah
Adz-Dzaariyaat; ayat 17-18.
Imam Muhyiddin bin
arabi mengatakan dalam kitabnya "Washaya" bahawa Syeikh Abu Madyan
salah seorang wali qutub arab pada masanya. Beliau mensunatkan kepada para
sahabt-sahabatnya untuk mengerjakan sembahyang selepas makan.Pada rakaat
pertama setelah surah Al-Fatihah membaca surah Quraisy dan pada rakaat kedua
membaca Al-Ikhlas,maka para sahabat-sahabtnya mengerjakannya dan ini merupakan
bidaah yang baik,yang dapat menambah pahala dan keutamaan.Bidaah yang baik ini
juga berasal dari Sunnah Nabi,dalam satu riwayat disebutkan,
"Cairkanlah makananmu dengan zikir dan
sembahyang,janganlah kamu tertidur,sehingga hatimu akan menjadi
keras." Diriwayatkan daripada
Tabrani dalam kitab Al-Ausat dan Ibnu Sina dalam kitab Amalan sehari semalam
dari Aisyah RA.
###
Rasulullah saw juga menganjurkan kepada umatnya setelah kepergiannya
untuk melakukan sunnah yang baik.Sehingga kaum muslimin dapat mengambil manfaat
darinya dan menjadi penolong bagi agama dan akhirat mereka.Rasulullah saw
bersabda: "Sesiapa yang melakukan
satu perbuatan yang baik dalam Islam
,maka ia akan mendapat pahala dan pahala dari orang-orang yang mengamalkan
selepasnya,sedikit pun tidak akan dikurangi pahala mereka."
Hal ini juga terjadi,pada masa tabi'in
dan setelah mereka.Pada masa mereka,mereka telah membuat hal yang baru yang
tidak pernah dikerjakan Rasulullah saw,dan tidak ada satu pun dari mereka yang
mengingkarinya.Beberapa contoh dari ibadah yang tidak pernah dikerjakan
Rasulullah saw,di antaranya:
1.Pengumpulan Al-Quran pada masa Abu Bakar,sehingga hampir
sahaja Al-Quran itu hilang kerana ramai para sahabat hafaz Al-Quran yang
syahid.
2.Pengumpulan hadis pada masa Umar bin Abdul Aziz.
3.Pengumpulan ilmu feqah pada masa Abu Hanifah.
4.Pencetus ilmu Usul Fiqah oleh Imam Syafie
5.Dan sebagainya.
###
** catatan kaki
No comments:
Post a Comment