Friday 8 November 2013

Al-Malayuwiyyah


SEBUAH LAGI ARTIKEL YANG PANJANG 
UNTUK KENALI DUNIA ALAM AL-MALAYUWIYYAH


(1) Berkata Sesetengah Ahli Hakikat Bahawa Huruf MELAYU Itu Membawa Kepada Aura Tertentu, Iaitu MIM (Muhammad), LAM ALIF (Lailahaillallah), YAA (Tempat atau Makam) dan WAW (Kudus atau Suci). Benar Atau Tidak Dapat Tidak Lah Dapat DiPastikan 

(2) Walaupun Demikian, Sheikh Ahmad Al-Fathani Di Dalam Kitab Hadiqatul Azhar War Rayahin Seolah-olah Mengiyakan Teori Di Atas Dengan Mengatakan, "Iaitu Kesatuan Semua Bangsa Melayu, Al-Malayuwiyah Itu Dibangsakan Kepada Milayu, Dengan Baris Di Bawah (Kasrah) Huruf Mim, Atau Baris Di Atas (Fathah) Dan Baris Depan (Dhammah) Huruf Ya'. Mereka Adalah Kelompok Atawa Segolongan Besar Manusia. Negeri-Negeri Mereka Adalah Sesubur-Subur Negeri Dunia"


TUMPUAN TIGA KUASA BESAR EKONOMI

(3) Kuasa Ekonomi China & India Telah Menjadikan Negara Ini Sebagai Pangkalan Utama Dagangan Bebas Mereka. Sepertimana Kitab Hadiqatul Azhar War Rayahin Karangan Sheikh Ahmad Al-Fathani Ada Menyebut Bahawa, "Negeri Melayu Itu Terletak Di Antara Negeri India Dan Cina. Adalah Alam Melayu Itu Terdiri Dari Kebanyakan Pulau Yang Terpencar-Pencar Atau Terpisah-Pisah. Pakar/ Ahli Ilmu Geografi Mengibaratkan Bahawa Alam Melayu Itu Adalah Sebahagian Daripada Negeri-Negeri India-Cina"

(4) Begitu Juga Dengan Kuasa Ekonomi Dunia Arab Yang Merupakan Pelabur Terbesar Ekonomi Negara. Ini Jelas Tersebut Tersebut Dalam Kitab Tashil Nailil Amani Oleh Sheikh Ahmad Al-Fathani Bahawa, "Bahasa Melayu Adalah Yang Paling Ringan (Mudah) Bahasa Penduduk Wilayah-Wilayah Itu. Kerana Itulah Kebanyakan Orang Hijaz/Arab Menggunakan Bahasa Melayu Dalam Pergaulan Dengan Bangsa-Bangsa Tersebut, Yang Berlainan Bahasa Mereka Dengan Bahasa Melayu"

(5) Sheikh Ahmad Al-Fathani Dalam Kitab Thaiyib Al-Ihsan Fi Thib Al-Insan Telah Mengatakan, "Padahal Kita Jenis Melayu Aula Dengan Demikian Itu, Dari Kerana Banyak Segala Ubat-Ubat Itu Pada Bumi Kita. Hingga Adalah Kebanyakan Ubat-Ubat Mereka Itu Diambilkan Daripada (Tumbuhan) Bumi Kita. Dan Kita Terlebih Aula Pada Merintahkan Diri Kita Daripada Jenis Yang Lain Daripada Kita"




(6) ASAS JATI DIRI YANG 
DIMILIKI SEMUA BANGSA MELAYU


Jati Diri 1:-
"Bangsa Melayu Itu Adalah Bersifat Ikhlas, Lemah Lembut Lunak, Berperibadi Sopan.

Jati Diri 2:-
"Fitrah Bangsa Melayu Sangat Mematuhi Kedua-Dua Orang Tuanya. Sebahagian Besar Mereka Dengan Mudah Mengikut Perintah-Perintah Agama Islam"



Jati Diri 3:-
"Mereka Memiliki Kehormatan Yang Sopan, Menguasai Pembaikan Pertukangan, Menerima Pemodenan Teknologi, Mereka Memperoleh Pendidikan Dan Ilmu Pengetahuan Serta Kecemerlangan Kefahaman Padanya" 

Jati Diri 4:-
"Adalah Ilmu Bahasa Sangat Besar Manfaatnya. Kerana Seseorang Apabila Ia Mengetahui Dengan Beberapa Lughat Yang Lain Daripada Lughat Dirinya Niscaya Mudahlah Baginya Mua’amalah, Mushahabah Dengan Sekalian Bangsa Itu, Dan Tiada Memudah-Mudah Mereka Itu Dengan Dia Bahasa Melayu Adalah Bahasa Paling Fasih Diucapkan Sesudah Bahasa Yang Digunakan Oleh Nabi Muhammad Saw, Iaitu Bahasa Arab" 

Jati Diri 5:-
Surat Syeikh Ahmad Al-Fathani Kepada Anaknya Haji Wan Ismail Pernah Menyebut Bahawa, "Tiadalah Ilmu Itu Dikecualikan Pada Menuntut Ilmu Bahasa Inggeris Saja, Tetapi Lebih Dari Itu, Termasuklah Ilmu Bahasa Arab. Pelajarilah Akan Dia" 

(7) Maka Tak Hairan Lah Kajian Artifek Sejarah Oleh Puan Zaharah Sulaiman Dari Persatuan Arkeologi Malaysia Telah Mengesahkan Penyataan Syeikh Ahmad Al-Fathani:-

Bukti 1:-
Dalam suatu gambar yang diambil dari Muzium Portugis, sebuah kapal perang terbesar Portugis diilustrasikan sebelah-menyebelah dengan kapal Jong Melayu yang mana saiznya adalah berukuran 100 meter dan setinggi 25 tingkat rumah

Bukti 2:-
Dalam Buku Tom Pires diceritakan bahawa kapal Jong Melayu dari Melaka dan Jawa apabila berlabuh di Canton China diarahkan untuk berlabuh jauh dari pantai kerana dikhuatiri besarnya Jong Melayu akan menewaskan 20 kapal Cina

Bukti 3:-
Jong Melayu dan disebelahya kapal kecil Flor de la Mar milik Portugis. Kapal milik pedagang dan sultan-sultan Melayu pada zaman dahulu seperti ‘Geliung Johor’ yang saiznya berpuluh kali ganda lebih besar 



CINTAI-LAH BANGSA MELAYU
IA BUKAN ASSABIYAH, BUKAN RASIS

(8) Maka Sheikh Ahmad Al-Fathani Telah Berwasiat Dalam Kitab Hadiqatul Azhar War Rayahin Bahawa Bangsa Asing (Yang Iri Hati & Tamak Haloba) Sentiasa Berusaha Untuk Menghilangkan Rasa Cinta Syukur Kita Kepada Bangsa Mulia Ini Dengan Pelbagai Kaedah Dan Cara. Oleh Itu Adalah Menjadi Wajib Kita Mengetahui Sejarah Asal Usul Bangsa Ini:-

(9) "Ketahui Olehmu Bahawa Ilmu Tarikh Itu Daripada Sebesar-Besar Segala Kadarnya. Dan Terlebih Cemerlang Dalam Segala Kelam, Tercengang Itu Qamarnya. Ia Memberi Faedah Akan Yang Mempunyainya Akan Cerdik Dan Tajam Penilikkannya"

(10) "Adapun Ahli Tanah Melayu Kita, Maka Tiadalah Mereka Itu Memperduli Dengan Sya’an Tawarikh. Hingga Jahilah Mereka Itu Akan Ahwal Segala Masa Yang Telah Lalu Atas Negeri Mereka Daripada Beberapa Masa Yang Hampir. Bahkan Tiada Mengetahui Mereka Itu Akan Nama-Nama Nenek Moyang Mereka Itu"


(11) Puan Zaharah Sulaiman Dari Persatuan Arkeologi Malaysia Turut Mengesahkan Penyataan Syeikh Ahmad Al-Fathani:- "Kalau Kita Pergi Ke Muzium Singapura, Pertama Kali Kita Melangkah, Apa Yang Dipamerkan Di Depan Ruang Bangunan ‘Melayu Lanun, Melayu Perompak’. Gambar Dan Video Ini Diulang Tayang Dan Dipamerkan Berpuluh Tahun Sehingga Sekarang, Itulah Imej Yang Digambarkan Singapura Kepada Setiap Pengunjung Muzium Itu Untuk Meracuni Pemikiran Rakyat Dan Pelancong. Dan Sebab Itulah Melayu Dibenci, Jadi Mahukah Kita Apabila Bangsa Lain Sewenangnya Memperkotak-Katikkan Bangsa Kita ?"



(13) KAFIR SENTIASA MENGINTAI PELUANG
UNTUK MENGUASAI KEDAULATAN BANGSA INI


Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Kitab Yang Sama Telah Memberi Suatu Wasiat Kepada Semua Pemerintah Dunia Melayu Untuk Mengatasi Cabaran Ini:-

Wasiat 1:- Niat Tersembunyi / Matlamat Tersirat Kafir
"Bangsa Melayu Mempunyai Kedaulatan-Kedaulatan Yang Besar, Maka Kekuasaan-Kekuasaan Kafir Telah Menipu Daya Mereka"

Wasiat 2:- Panduan Kerjasama Dengan Golongan Kafir / Munafik
"Pergaulilah Semua Manusia Dengan Sebaik-Baiknya Akan Tetapi Harus Ingat, Sangat-Sangatlah Utama Menjauhi Sesama Manusia Apabila Akibat Pergaulan Itu Membawa Fitnah Dan Dicela Oleh Agama Islam (Dipetik Dari Kitab Jumanah At-Tauhid)

Wasiat 3:- Apa Jua Keputusan Wajib Bersendikan Maqasid Syariah 
"Wajib Atas Sekalian Mukallaf Memelihara Dirinya Dan Orang-Orang Yang Di Bawah Perintahnya, Pada Kulliyat, Iaitu : Beberapa Perkara Yang Dibangsakan Pada Sekalian Hukum-Hukum Agama Allah Yang Terbit Daripadanya – Iaitu Agama, Diri, Harta-Benda, Nasab, Akal Fikiran Dan Kehormatan" 

Wasiat 4:- Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
"Bahawa Untuk Memelihara Kesemuanya Itu (Merujuk Kepada Maqasid Syariah) Dengan Memelihara Watan (Tanah Air). Bahawa Tiap-Tiap Kebajikan Adalah Dengan Pentadbiran Yang Baik Pula"




No comments:

Post a Comment