Friday 8 November 2013

Kalam Masyaikh...




KALAM MASYAIKH
BAGI MENGKASYAF DIRI


Telah Berkata Al-'Arifbillah 
Al-Imam Ibnu 'Ajibah Qaddasallahu Sirrahu

Syariat Itu Seumpama Kapal, Thariqah Itu Seumpama Lautan, Dan Hakikat Itu Seumpama Mutiara. 

Maka Sesiapa Yang Ingin Memperolehi Mutiara Tersebut Hendaklah Dia Menaiki Kapal Itu Serta Mengharungi Gelora Ombak Tersebut Agar Dia Sampai Ke Destinasi Tujuan Perjalanannya Iaitu Allah SWT

Sesiapa Yang Meninggalkan Tertib Perjalanan Tersebut Serta Marhalah-Marhalah Perjalanannya, Maka Dia Tidak Akan Sampai Kepada Allah SWT Buat Selama-Lamanya

*** 

Al-'Arifbillah Al-Imam Sya'rani Ada Menyebutkan Bahawa : Apabila Engkau Berada Di Hadapan Cermin, Engkau Tidak Akan Dapat Melihat Zat Asal Cermin Itu, Apa Yang Engkau Dapat Lihat Hanyalah Gambaran RupaMu & Segala Gambaran Yang Terdapat Di Cermin Itu. Itulah Perumpamaan Bahawa Selama Mana Engkau Tidak Menghilangkan Dirimu (FANA' FIL FANA' = FANA' DI DALAM FANA') Serta Menghilangkan Segala Gambaran Aghyar & Akwan (Makhluk) Di Cermin HatiMu, Maka Selama Itulah Engkau Tidak Akan Dapat Melihat ALLAH SWT Melalui Cermin SirrMu

Al-'Arifbillah Al-Imam Ahmad Bin Hanbal Telah Menyaksikan ALLAH SWT Di Di Dalam Tidurnya Sebanyak 100 Kali. Lihat Kitab Tuhfatul Murid Syarah Kepada Jauharah At-Tauhid.

Al-'Arifbillah Al-Imam Abi Yazid Al-Bustami Telah Menyaksikan ALLAH SWT Dengan Matahatinya Ketika Melihat Ka'bah Di Dalam Salah Satu Daripada Ibadah Hajinya Di Makkah. Beliau Juga Pernah Mengatakan Bahawa HajiKu Tidak Sah Selagi Mana Yang Ku Lihat Adalah Ka'bah Dan Bukannya Tuan Empunya Kaabah.Maka Di Penghujung Hayatnya Beliau Telah Dikurniakan Melihat ALLAH SWT Dengan Matahatinya..



Wallahu A'lam





No comments:

Post a Comment