Friday 8 November 2013

Solat Sunat Hadiah..



LAKUKAN SOLAT SUNAT HADIAH
APABILA MENINGGAL-NYA ANAK ADAM

Sembahyang Sunat Hadiah Ditulis Oleh Haji Abdul Rashid Banjar Menerusi Bukunya 'Ini Kitab Perukunan Besar', Terbitan Percetakan Al-Muarif , Pulau Pinang, Pada Halaman 21:

Suatu Faedah: Diriwayatkan Daripada Nabi Muhammad (SAW) Bahawasanya Bersabda Ia: Tiada Juga Datang Atas Mayat Yang Terlebih Keras Pada Malam Yang Pertama Maka Kasihani Oleh Kamu Akan Dia Dengan Sadaqah Maka Barangsiapa Tiada Memperoleh Ia Akan Sadaqah Maka Hendaklah Ia Sembahyang Dua Rakaat Dibaca Tiap-Tiap Rakaat Al-Fatihah Sekali Dan Ayat Al-Kursi Sekali Dan Surah At-Thakaathur Sekali Dan Surah Al-Ikhlaas Sepuluh Kali. Lafaz Niat Sembahyang Hadiah Bagi Mayat, Aku Sembahyang Sunat Hadiah Dua Rakaat Kerana Allah Taala.

=======

Tersebut Dalam Hasyah Atas Syarah Sittin Masalah Arrimli, Bagi Ahmad Almihi Annu’mani, Pada M/S 67:

Ertinya: Sabda Nabi S.A.W: Tidaklah Datang (Cubaan) Atas Diri Mayat Yang Lebih Hebat Dari Malam Pertama. Maka Kasihanilah Mayat-Mayatmu Itu Dengan Sedekah. Maka Barangsiapa Yang Tidak Mendapatkannya, Hendaklah Dilakukannya Sembahyang 2 Rakaat Yang Dibacakan Pada Tiap-Tiap Rakaat Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi, At-Thakaathur, Al-Ikhlaas11 Kali, Lalu Diucapkannya:

Ya Allah! Sesungguhnya Aku Telah Lakukan Sembahyang Ini, Sedang Engkau Maha Mengetahui Apa Yang Aku Maksudkan. Ya Allah! Kirimkanlah Pahalanya Kekubur Si Fulan Bin Fulanah, Nescaya Mengirimkanlah Allah Taala Pada Saat Itu Juga Seribu Malaikat, Bersama Tiap-Tiap Malaikat Itu Nur Dan Hadiah. Berjinak-Jinak Mereka Itu Bersamanya Di Dalam Kubur Sampai Ditiup Sangkakala. Dan Dikurnia Allah Taala Kepada Yang Melakukan Sembahyang Ini Sebanyak Barang Yang Terkena Sinar Matahari Akan Kebajikan Dan Allah Taala Angkatkan Baginya 40 Ribu Darjat, 40 Ribu Haji Dan Umrah Dan Dibina Baginya Seribu Kota Di Dalam Syurga Dan Diberi Pahala Seribu Syahid Dan Dipakaikan Seribu Persalinan.

*** 



Kitab Perukunan merupakan sebuah kitab yang sangat popular di dalam kehidupan masyarakat Banjar khususnya dan masyarakat Melayu umumnya. Bagi masyarakat Banjar, Kitab Perukunan ini tidak hanya dipelajari, akan tetapi juga menjadi rujukan  utama dalam melaksanakan ibadah seharian. Dalam bahasa Banjar, “perukunan” bermakna huraian asas  tentang perkara-perkara yang diwajibkan oleh agama yang harus dilaksanakan dalam kehidupan seharian, mencakup rukun Islam (fikih), rukun Iman (tauhid), dan rukun Ihsan (tasawuf).
Salah satu kitab perukunan yang terkenal adalah “ Perukunan Jamaluddin ”. Kitab ini pertama kali diterbitkan oleh Mathba‘ah al-Miriyah al-Kainah, Mekkah, pada tahun 1315 H/1897 M. Selanjutnya diterbitkan di Singapura pada tahun 1318 H. Setelah itu diulang cetak  di Bombay, Thailand, Indonesia dan Malaysia hingga sekarang. Meski kitab ini tampak sederhana tetapi merupakan salah satu yang paling popular di antara kitab-kitab sejenis, dan sering diulang cetak. Selain di Indonesia, kitab ini juga dipelajari kaum muslim di Malaysia, Philipina, Vietnam, Kamboja, dan Myammar.

Penyusun Kitab Perukunan
Para penyelidik telah berbeza pendapat mengenai penyusun sebenar bagi Kitab Perukunan. Terdapat dua nama yang biasa dikaitkan dengan kitab Perukunan ini, iaitu Syaikhah Fatimah binti Syaikh Abdul Wahab Bugis dan Syaikh Jamaluddin bin Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari.

Syaikhah Fatimah merupakan cucu perempuan pertama kepada Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari melalui anak perempuan yang bernama Syarifah, yang berkahwin kemudiannya dengan Syaikh Abdul Wahab Bugis. Syaikah Fatimah menguasai berbagai ilmu-ilmu keislaman yang dipelajari dari ayah dan datuknya. Beliau mahir dalam bidang ilmu bahasa Arab, Ilmu Tafsir, Ilmu Hadits, Ushuluddin dan Fikih.. Beliau kemudian bersama-sama dengan saudara seibunya Muhammad As’ad dengan tekun dan gigih menyebarkan ilmu mereka kepada masyarakar Banjar. Mereka berdua dikenali sebagai “bunga ilmu” tanah Banjar. Menurut riwayat, jika Muhammad As’ad menjadi guru bagi kaum lelaki, maka Fatimah pula menjadi seorang guru bagi kaum perempuan yang ingin belajar ilmu agama pada zamannya.

Manakala, Syaikh Jamaluddin bin Syaikh  Muhammad  Arsyad al-Banjari yang lahir pada tahun 1870M ini sememang seorang ulama yang paling terkemuka di Kalimantan Selatan pada zamannya. Dengan “nama besarnya” itu adalah suatu yang dilihat wajar, jika Kitab Perukunan  yang sangat popular ini dianggap sebagai karya Syaikh Jamaluddin.  Bahkan, penyelidik terkenal kitab-kitab Jawi di Nusantara Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah ada menegaskan perkara tersebut dalam penulisan beliau. Namun begitu,  beliau  tetap mengakui bahawa sesungguhnya penulis sebenar karya tersebut memang masih dalam perdebatan.

Selain pendapat di atas, terdapat juga maklumat lain yang menyatakan bahawa perukunan yang dikenali juga sebagai Perukunan Besar dan Perukunan Melayu  ini merupakan karya saudara perempuan Syaikh Jamaluddin, yang bernama Syarifah, iaitu ibu kepada Syaikah Fatimah. Namun, sebagaimana yang ditegaskan oleh Prof Martin van Bruinessen dalam tulisannya ‘Kitab kuning dan Perempuan, Perempuan dan Kitab Kuning; “Pada umumnya tutur lisan masyarakat Banjar menyatakan bahwa kitab “Perukunan Jamaluddin“ ini merupakan karya Syaikhah Fatimah, Cucu Syaikh Arsyad al-Banjari dan anak saudara perempuan Syaikh Jamaluddin sendiri ”.
Mengapa Kitab Perukunan yang popular itu diatasnamakan Jamaluddin jika pengarangnya Fatimah ? Menurut Prof. Martin, identiti pengarang yang sebenarnya tampaknya dengan sengaja disembunyikan sesuai dengan anggapan yang sudah mapan saat itu bahawa menulis kitab adalah “pekerjaan” yang khusus untuk laki-laki. Lebih jauh, demikian sambung guru besar studi Islam dari Belanda ini, kalau sejarah digali, tidak mustahil kita akan menemui perempuan lain yang menguasai ilmu-ilmu agama dan telah menulis kitab namun sumbangan mereka ternyata diingkari dan diboikot.

Kandungan Kitab perukunan
Dari segi isi kandungannya, kitab Perukunan ini tak jauh berbeza dengan kitab sejenis lainnya. Kitabnya sangat sederhana dan hanya menghuraikan beberapa ajaran pokok berhubungan dengan solat, puasa dan cara menguruskan jenazah. Namun yang menarik tidak sebagaimana trend zamannya,   pengarang menghindari pembahasan yang dirasakan diskriminasi terhadap perempuan (seperti aqiqah, warisan atau kesaksian).

Hal menarik lainnya adalah ketika ia membicarakan haid dan mandi sesudah haid, tidak ada kesan seolah-olah perempuan yang sedang haid itu kotor. Syaikhah Fatimah tidak memakai istilah seperti "bersuci" (yang secara tersirat menyatakan perempuan dalam haid tidak "suci"). Secara lebih neutral Fatimah menulis bahawa ada lima perkara yang mewajibkan mandi yakni meninggal (kecuali mati syahid), haidh, nifas, wiladah (keguguran), dan janabah (persetubuhan). Juga tidak didapati huraian panjang tentang hal-hal yang dilarang bagi perempuan pada masa haid.

Perukunan Jamaluddin atau sejatinya “Perukunan Fatimah” telah memberi berbagai pelajaran berharga bagi kita. Melalui penanya, Syaikhah Fatimah telah merintis sebuah tradisi baru pada zamannya, menegaskan penolakan diskriminasi terhadap perempuan. Tema besar yang masih gigih diperjuangkan di abad 21 ini.


Sumber:  Artikel ini telah dipetik dan diubahsuai dari artikel di pautan di bawah. Bagi membaca artikel asalnya, sila layari pautan berikut:
http://www.rahima.or.id/index.php?option=com_content&view=article&id=740:fikrah-edisi-34-syaikhah-fatimah-al-banjari-ada-tetapi-ditiadakan&catid=38:fikrah&Itemid=271


No comments:

Post a Comment