Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ') maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika dia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap' Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci '". (HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra)
Berwuduk mempunyai
manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wudhu
sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan
rohani.
Sudah tentu setiap
perintah Allah SWT itu mempunyai hikmah kebaikan disebaliknya. Dalam
sekali aktiviti berwudhu, lima pancaindera terkena semua tanpa
terkecuali disapu oleh air wudhu. Mata, hidung, telinga & seluruh
kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa!.
Muhammad Kamil Abd
Al-Shomad, memetik sumber dari Al-I'jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa
Al-Sunnah AlNabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat semua hal yang
diperintahkan dalam wudhu sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai dari
membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air
ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai
siku, mengusap kepala, membasuh telinga, hingga membasuh kaki hingga
mata kaki.
Lalu, bagaimana jika
berwudhu dilakukan sebelum tidur? Nah, para pakar kesihatan di dunia
sentiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki mulut dan muka sebelum
tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan
agar dapat menjaga kesihatan kulit muka.
Di samping itu tentunya
anjuran untuk berwudhu juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika
seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah.
Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam
keadaan suci.
Manfaat Wuduk Sebelum Tidur
Pertama,
menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak
penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air
wuduk itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang
kaku akibat keletihan selepas melakukan aktiviti. Berwuduk juga
membuatkan fikiran seseorang itu terasa rileks. Badan tidak akan terasa letih.
Kedua,
mencerahkan kulit wajah. Wuduk dapat mencerahkan kulit wajah kerana
dengan wuduk ini dapat menghilangkan kesan kotor dalam kulit.
Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang
dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
Ketiga, didoakan
malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa perlindungan kepada umat muslim
yang sentiasa berwuduk sebelum tidur. Padahal malaikat adalah makhluk
yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan senantiasa
dikabulkan pula oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwuduk.
sumber: detikislam.blogspot.com
No comments:
Post a Comment