LAKUKAN SOLAT SUNAT HADIAH
APABILA MENINGGAL-NYA ANAK ADAM
Sembahyang Sunat Hadiah Ditulis Oleh Haji Abdul Rashid Banjar Menerusi Bukunya 'Ini Kitab Perukunan Besar', Terbitan Percetakan Al-Muarif , Pulau Pinang, Pada Halaman 21:
Suatu Faedah: Diriwayatkan Daripada Nabi Muhammad (SAW) Bahawasanya Bersabda Ia: Tiada Juga Datang Atas Mayat Yang Terlebih Keras Pada Malam Yang Pertama Maka Kasihani Oleh Kamu Akan Dia Dengan Sadaqah Maka Barangsiapa Tiada Memperoleh Ia Akan Sadaqah Maka Hendaklah Ia Sembahyang Dua Rakaat Dibaca Tiap-Tiap Rakaat Al-Fatihah Sekali Dan Ayat Al-Kursi Sekali Dan Surah At-Thakaathur Sekali Dan Surah Al-Ikhlaas Sepuluh Kali. Lafaz Niat Sembahyang Hadiah Bagi Mayat, Aku Sembahyang Sunat Hadiah Dua Rakaat Kerana Allah Taala.
Tersebut Dalam Hasyah Atas Syarah Sittin Masalah Arrimli, Bagi Ahmad Almihi Annu’mani, Pada M/S 67:
Ertinya: Sabda Nabi S.A.W: Tidaklah Datang (Cubaan) Atas Diri Mayat Yang Lebih Hebat Dari Malam Pertama. Maka Kasihanilah Mayat-Mayatmu Itu Dengan Sedekah. Maka Barangsiapa Yang Tidak Mendapatkannya, Hendaklah Dilakukannya Sembahyang 2 Rakaat Yang Dibacakan Pada Tiap-Tiap Rakaat Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi, At-Thakaathur, Al-Ikhlaas11 Kali, Lalu Diucapkannya:
Ya Allah! Sesungguhnya Aku Telah Lakukan Sembahyang Ini, Sedang Engkau Maha Mengetahui Apa Yang Aku Maksudkan. Ya Allah! Kirimkanlah Pahalanya Kekubur Si Fulan Bin Fulanah, Nescaya Mengirimkanlah Allah Taala Pada Saat Itu Juga Seribu Malaikat, Bersama Tiap-Tiap Malaikat Itu Nur Dan Hadiah. Berjinak-Jinak Mereka Itu Bersamanya Di Dalam Kubur Sampai Ditiup Sangkakala. Dan Dikurnia Allah Taala Kepada Yang Melakukan Sembahyang Ini Sebanyak Barang Yang Terkena Sinar Matahari Akan Kebajikan Dan Allah Taala Angkatkan Baginya 40 Ribu Darjat, 40 Ribu Haji Dan Umrah Dan Dibina Baginya Seribu Kota Di Dalam Syurga Dan Diberi Pahala Seribu Syahid Dan Dipakaikan Seribu Persalinan.

=======

***
Kitab Perukunan merupakan
sebuah kitab yang sangat popular di dalam kehidupan masyarakat Banjar khususnya
dan masyarakat Melayu umumnya. Bagi masyarakat Banjar, Kitab Perukunan ini
tidak hanya dipelajari, akan tetapi juga menjadi rujukan utama dalam melaksanakan ibadah seharian.
Dalam bahasa Banjar, “perukunan”
bermakna huraian asas tentang perkara-perkara
yang diwajibkan oleh agama yang harus dilaksanakan dalam kehidupan seharian,
mencakup rukun Islam (fikih), rukun Iman (tauhid), dan rukun Ihsan (tasawuf).
Salah satu kitab perukunan yang
terkenal adalah “ Perukunan Jamaluddin ”.
Kitab ini pertama kali diterbitkan oleh Mathba‘ah al-Miriyah al-Kainah, Mekkah,
pada tahun 1315 H/1897 M. Selanjutnya diterbitkan di Singapura pada tahun 1318
H. Setelah itu diulang cetak di Bombay, Thailand, Indonesia dan Malaysia
hingga sekarang. Meski kitab ini tampak sederhana tetapi merupakan salah satu
yang paling popular di antara kitab-kitab sejenis, dan sering diulang cetak.
Selain di Indonesia, kitab ini juga dipelajari kaum muslim di Malaysia,
Philipina, Vietnam, Kamboja, dan Myammar.
Penyusun Kitab Perukunan
Para penyelidik telah berbeza pendapat
mengenai penyusun sebenar bagi Kitab Perukunan. Terdapat dua nama yang biasa
dikaitkan dengan kitab Perukunan ini, iaitu Syaikhah Fatimah binti Syaikh Abdul
Wahab Bugis dan Syaikh Jamaluddin bin Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari.
Syaikhah Fatimah merupakan cucu
perempuan pertama kepada Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari melalui anak
perempuan yang bernama Syarifah, yang berkahwin kemudiannya dengan Syaikh Abdul
Wahab Bugis. Syaikah Fatimah menguasai berbagai ilmu-ilmu keislaman yang
dipelajari dari ayah dan datuknya. Beliau mahir dalam bidang ilmu bahasa Arab,
Ilmu Tafsir, Ilmu Hadits, Ushuluddin dan Fikih.. Beliau kemudian bersama-sama
dengan saudara seibunya Muhammad As’ad dengan tekun dan gigih menyebarkan ilmu
mereka kepada masyarakar Banjar. Mereka berdua dikenali sebagai “bunga ilmu” tanah Banjar. Menurut
riwayat, jika Muhammad As’ad menjadi guru bagi kaum lelaki, maka Fatimah pula
menjadi seorang guru bagi kaum perempuan yang ingin belajar ilmu agama pada
zamannya.
Manakala, Syaikh Jamaluddin bin
Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari yang lahir pada tahun 1870M
ini sememang seorang ulama yang paling terkemuka di Kalimantan Selatan pada
zamannya. Dengan “nama besarnya” itu adalah suatu yang dilihat wajar, jika
Kitab Perukunan yang sangat popular ini
dianggap sebagai karya Syaikh Jamaluddin.
Bahkan, penyelidik terkenal kitab-kitab Jawi di Nusantara Haji Wan Mohd.
Shaghir Abdullah ada menegaskan perkara tersebut dalam penulisan beliau. Namun
begitu, beliau tetap mengakui bahawa sesungguhnya penulis
sebenar karya tersebut memang masih dalam perdebatan.
Selain pendapat di atas, terdapat juga
maklumat lain yang menyatakan bahawa perukunan yang dikenali juga sebagai Perukunan
Besar dan Perukunan Melayu ini merupakan karya
saudara perempuan Syaikh Jamaluddin, yang bernama Syarifah, iaitu ibu kepada
Syaikah Fatimah. Namun, sebagaimana yang ditegaskan oleh Prof Martin van
Bruinessen dalam tulisannya ‘Kitab kuning dan Perempuan, Perempuan dan Kitab
Kuning; “Pada umumnya tutur lisan masyarakat Banjar menyatakan bahwa kitab
“Perukunan Jamaluddin“ ini merupakan karya Syaikhah Fatimah, Cucu Syaikh Arsyad
al-Banjari dan anak saudara perempuan Syaikh Jamaluddin sendiri ”.
Mengapa Kitab Perukunan yang popular
itu diatasnamakan Jamaluddin jika pengarangnya Fatimah ? Menurut Prof. Martin,
identiti pengarang yang sebenarnya tampaknya dengan sengaja disembunyikan
sesuai dengan anggapan yang sudah mapan saat itu bahawa menulis kitab adalah
“pekerjaan” yang khusus untuk laki-laki. Lebih jauh, demikian sambung guru
besar studi Islam dari Belanda ini, kalau sejarah digali, tidak mustahil kita
akan menemui perempuan lain yang menguasai ilmu-ilmu agama dan telah menulis
kitab namun sumbangan mereka ternyata diingkari dan diboikot.
Kandungan
Kitab perukunan
Dari segi isi kandungannya, kitab
Perukunan ini tak jauh berbeza dengan kitab sejenis lainnya. Kitabnya sangat
sederhana dan hanya menghuraikan beberapa ajaran pokok berhubungan dengan
solat, puasa dan cara menguruskan jenazah. Namun yang menarik tidak sebagaimana
trend zamannya, pengarang menghindari
pembahasan yang dirasakan diskriminasi terhadap perempuan (seperti aqiqah,
warisan atau kesaksian).
Hal menarik lainnya adalah ketika ia
membicarakan haid dan mandi sesudah haid, tidak ada kesan seolah-olah perempuan
yang sedang haid itu kotor. Syaikhah Fatimah tidak memakai istilah seperti
"bersuci" (yang secara tersirat menyatakan perempuan dalam haid tidak
"suci"). Secara lebih neutral Fatimah menulis bahawa ada lima perkara
yang mewajibkan mandi yakni meninggal (kecuali mati syahid), haidh, nifas,
wiladah (keguguran), dan janabah (persetubuhan). Juga tidak didapati huraian
panjang tentang hal-hal yang dilarang bagi perempuan pada masa haid.
Perukunan Jamaluddin atau sejatinya “Perukunan Fatimah” telah
memberi berbagai pelajaran berharga bagi kita. Melalui penanya, Syaikhah
Fatimah telah merintis sebuah tradisi baru pada zamannya, menegaskan penolakan
diskriminasi terhadap perempuan. Tema besar yang masih gigih diperjuangkan di
abad 21 ini.
Sumber: Artikel ini telah dipetik dan diubahsuai
dari artikel di pautan di bawah. Bagi membaca artikel asalnya, sila layari
pautan berikut:
http://www.rahima.or.id/index.php?option=com_content&view=article&id=740:fikrah-edisi-34-syaikhah-fatimah-al-banjari-ada-tetapi-ditiadakan&catid=38:fikrah&Itemid=271
No comments:
Post a Comment